Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tanpa Anda Semua, Tak Mungkin Saya Berjaya Seperti Hari Ini.” George Clooney Balas Budi 14 Rakan Karib Dengan Beri AS$1 Juta Seorang. Wow!.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tanpa Anda Semua, Tak Mungkin Saya Berjaya Seperti Hari Ini.” George Clooney Balas Budi 14 Rakan Karib Dengan Beri AS$1 Juta Seorang. Wow!..


George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini.

Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.

Related image

Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.


Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.

Image result for George Clooney Once Gifted Close Friends $1 Million Each

Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.


Misteri beg hitam

Ketika memasuki kediaman Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit berwarna hitam berada di atas meja.

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi kamu. Saya bernasib baik mengenali kamu semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa kamu. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik kamu. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta Clooney kepada rakan-rakannya.


Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.

“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar Clooney.

Image result for George Clooney Once Gifted Close Friends $1 Million Each

Genap setahun selepas itu, Clooney mengahwini Amal Alamuddin pada 27 September 2014.

Mereka dikurniakan sepasang anak kembar pada Jun 2017.

Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z7tQLT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.