Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berendam Di Air Biru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berendam Di Air Biru



Bukan penjelajahan pulau yang tipikal, pengembaraan penulis bersama seorang teman ke Pulau Cebu di Filipina baru-baru ini boleh disifatkan satu percutian lasak apabila memilih untuk merentas ngarai (canyoneering) di Alegria. Alegria terletak di selatan Cebu dengan keluasan kira-kira 89.5 kilometer persegi dan mempunyai sembilan daerah pentadbiran kecil dipanggil barangay. 

Menarik mengenai destinasi ini ialah kisah keindahan pemandangan ngarainya terutama sekali air terjun yang sering dikongsi dalam media sosial. Tidak hairan seawal perbincangan bersama teman mengenai pengisian selama empat hari di Cebu, lokasi itu menjadi pilihan destinasi pertama kami sebaik tiba di Filipina.

Selepas penerbangan selama empat jam dari Malaysia, kami tiba di lapangan terbang sekitar jam 12 malam lalu memutuskan bermalam dalam kereta saja sementara perjalanan diteruskan ke Alegria pada awal pagi. Aktiviti merentas ngarai membabitkan banyak aspek daripada memanjat, mengharung denai mahupun ‘menghanyutkan’ diri menyusuri sungai.

Boleh dikatakan ia pengalaman mendebarkan kerana perlu meniti laluan sempit selain memanjat batu licin. Meskipun kepenatan kerana hampir lima jam menyusuri tetapi kepuasan saat berendam dalam air yang biru sukar diungkapkan. Untuk menikmati pemandangan berkenaan, pelancong berhasrat ke lokasi ini dari pusat bandar perlu menempuh perjalanan tiga jam terlebih dahulu.

Saya dan rakan memilih untuk menempah pakej lengkap meliputi sewa kenderaan bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik termasuk caj melakukan aktiviti terbabit dengan kos 6,000 peso bersamaan dengan RM481.60. Bagi kami ia satu caj berpatutan apabila perjalanan kami ditemani pemandu pelancong yang banyak membantu.

Di Alegria, air terjun menjadi kawasan paling popular dan sering menerima kunjungan pelancong tetapi kami memilih untuk mengunjungi lokasi lain iaitu Cacanalog kerana lokasi berkenaan masih baru dan tidak padat.

Mengenai makanan pula, terus terang Cebu bukan mudah untuk pelancong Muslim kerana kedai makanan halal sukar ditemui. Mujur kami membawa bekalan sambal ikan bilis dan mi segera setidak-tidaknya dapat mengalas perut sepanjang di sini.

Sebenarnya sebelum kami tiba di lokasi ‘canyoneering’, kami sempat singgah di puncak Osmena untuk merakam pemandangan matahari terbit. Lokasi ini cukup ideal buat peminat berswafoto apabila boleh merakam pemandangan sekitar kawasan.

Perjalanan hari kedua menuju Oslob tidak semudah hari pertama kerana kami terpaksa menunggang satu motosikal bertiga termasuk pemandu pelancong. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan kami merungut dan ia bukan pengalaman menyeronokkan buat kami.

Sebaik tiba di Oslob, ramai pelancong terutama dari Korea memenuhi bot yang membawa kami melihat paus. Kami terpaksa berasak sementara menunggu giliran kerana kami tiba pada waktu puncak.

Nampaknya jumlah bot sedia ada bagaikan tidak mampu menampung permintaan pelancong yang mahu berada di kawasan melihat paus khususnya pada musim puncak. Secara peribadi pengalaman melihat ikan berkenaan tidak mengujakan kerana diganggu dengan bau hanyir.

Ia mungkin berpunca daripada tindakan pengusaha bot atau operator pusat pelancongan itu yang bertindak memberi makan ikan paus menyebabkan kawasan itu berbau sedemikian. Sebelum pulang kami berkesempatan bersiar-siar sekitar ibu kota.

Tanggapan awal saya menyangkakan Cebu seperti Krabi nyata meleset kerana banyak pasar raya besar sehebat Pavilion mahupun Mid Valley di Kuala Lumpur tersergam di sekitar pusat bandarnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nXYgwi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.