Aplikasi Maybank Untuk Android Dan iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Maybank QRPay
Sebelum ini, kami sedia melaporkan yang mana Maybank bakal memperkenalkan sebuah sokongan pembayaran baru dinamakan Maybank QRPay. Kini, sebagai langkah persediaan untuknya, Maybank telah pun mengemaskini aplikasi Maybank untuk Android dan iOS dengan menambah sokongan untuk ciri baru dinamakan Maybank QRPay.
Maybank QRPay merupakan salah satu kebolehan untuk membeli-belah di kedai fizikal secara nirtunai. Pengguna akan diperlukan untuk mengimbas kod QR khusus yang disediakan oleh penjual, dan membayar terus melalui aplikasi Maybank anda.
Menariknya Maybank QRPay berbanding dengan pelbagai aplikasi lain diluar sana dengan ciri pembayaran menggunakan kod QR adalah dimana aplikasi Maybank tidak memerlukan anda tambah-nilai atau pautkan dengan kad kredit serta lain-lain. Ini adalah kerana aplikasi Maybank dipautkan terus ke akaun bank anda, dan segala pembayaran Maybank QRPay akan ditolak melalui akaun Maybank – sekaligus mengurangkan kos serta memudahkan pembelian oleh pengguna. Anda juga boleh menetapkan had perbelanjaan menggunakan QRPay pada aplikasi Maybank ini.
Walaupun ciri QRPay ini telah ditambah pada aplikasi Maybank utama, namun kedai-kedai yang menerima pembayaran melaluinya masih tidak diumumkan lagi. Menurut sumber terdekat, ia dikatakan Maybank mungkin melancarkan ciri ini secara rasminya pada Januari 2018 kelak – serta pada masa yang sama mengumumkan pelbagai rakan kerjasama yang menerima pembayaran menggunakannya.
Muat-Turun Maybank untuk Android
Muat-Turun Maybank untuk Android
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nVUnrS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment