Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Libas Pisau Pada Isteri Dan Anak-Anak Hingga Cedera Kerana Berang Ditegur Tidak Bekerja.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Libas Pisau Pada Isteri Dan Anak-Anak Hingga Cedera Kerana Berang Ditegur Tidak Bekerja..


BERANG ditegur kerana tidak bekerja, seorang lelaki dikatakan mengamuk sebelum bertindak melibaskan pisau ke arah isteri dan anaknya dalam kejadian di Tehel, Jasin, awal pagi semalam lapor Harian Metro.

Kejadian kira-kira 3 pagi itu mengakibatkan dua anak lelakinya berusia antara satu dan lima tahun serta isterinya berumur 26 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Melaka.


Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan mendapati pertengkaran berpunca akibat suspek cemburu dan pada masa sama isterinya turut memarahi dia kerana sudah seminggu tidak bekerja selain menagih dadah.

"Ketika pertengkaran berlaku, isteri suspek mendukung anaknya yang berusia setahun sebelum lelaki itu mengambil sebilah pisau sayur di dapur dan melibas ke arah mangsa sehingga cedera.


"Melihat keadaan isteri dan anaknya yang tercedera, suspek menelefon ibu mentuanya supaya datang ke rumah untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital," katanya.


Arshad berkata, akibat terkena pisau, anak suspek yang berusia lima tahun calar di perut manakala seorang lagi anaknya cedera di kepala serta tengkuk dan menerima 13 jahitan.


"Manakala isterinya mengalami kecederaan di kedua-dua lutut, jari serta kepala dan menerima 17 jahitan.


"Suspek bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis kira-kira 2.30 petang tadi di hadapan sebuah hotel Jalan Gajah Behrang.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nZMxOa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.