Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pramugari Tutup Aurat Tidak Jejaskan Imej Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pramugari Tutup Aurat Tidak Jejaskan Imej Syarikat

GAMBAR HIASAN



Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat percaya penguatkuasaan berkaitan soal pakaian menutup aurat pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia tidak akan menjejaskan imej dan perniagaan syarikat terbabit.

Katanya, langkah tersebut adalah sesuatu yang perlu segera dilaksanakan selain memberi imej baik kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dipandang tinggi di seluruh dunia.

"Kita sudah melaksanakan pelbagai perkara berkaitan patuh syariah seperti memperkenalkan Bank Islam, perbadanan halal dan banyak lagi yang diikuti negara-negara Islam lain.

“Syarikat penerba­ngan adalah imej kita, tapi apabila pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan, ini boleh memberi persepsi kepada pelanggan yang banyak menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia ke negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara semalam, Hanafi mencadangkan agar kerajaan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat pe­nerbangan Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat.

Mengulas lanjut, Hanafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata, langkah tersebut tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.

- Utusan online

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C9X1gS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.