Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita mengaku salah bunuh dan kerat perut jirannya yang hamil untuk ambil bayi yang dikandung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita mengaku salah bunuh dan kerat perut jirannya yang hamil untuk ambil bayi yang dikandung

Seorang wanita mengaku bersalah membunuh dan mengerat perut jirannya yang hamil untuk mengambil bayi dikandung mangsa.

Brooke Crews, berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana merancang menculik, membunuh dan menipu pegawai undang-undang berhubung kematian Savanna Greywind, 22.

Teman lelakinya, William Hoehn, 32, mengaku tidak bersalah terhadap jenayah itu dan dijangka dibicarakan Mac depan.

Peguam Brooke, Steven Mottinger berkata, pengakuan bersalah itu sedikit sebanyak membantu anak guamnya merayu dikurangkan hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol.

Savanna hamil lapan bulan apabila perutnya dikerat dalam kejadian 19 Ogos lalu sebelum mayatnya yang dibalut plastik ditemui dua pemain kayak di Red River pada 27 Ogos.

Brooke tidak menceritakan dengan terperinci cara Savanna dibunuh, namun Ketua Polis Fargo, Dave Todd berkata, kematiannya amat kejam.

Tertuduh pada awalnya mendakwa Savanna menyerahkan bayi perempuan berkenaan kepadanya, tetapi Hoehn menceritakan sebaliknya.

Menurut Hoehn, dia pulang ke rumah pada 19 Ogos lalu dan mendapati Brooke membersihkan kesan darah di bilik air mereka.

Brooke kemudian menunjukkan bayi berkenaan kepadanya dan berkata: “Ini bayi kita. Ini keluarga kita.”

Bayi itu kini dalam jagaan bapa kandungnya yang juga teman lelaki mangsa, Ashton Matheny.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Wanita mengaku salah bunuh dan kerat perut jirannya yang hamil untuk ambil bayi yang dikandung

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ait4ts

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.