ASYRAF: MAHATHIR PERNAH YAKINKAN MAHASISWA ANWAR BERSALAH
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berusaha meyakinkan pemimpin politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin pelajar bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah melakukan liwat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan beliau sendiri pernah dipanggil Mahathir ketika menjadi pemimpin mahasiswa, lapor Berita Harian.
Katanya, Mahathir pernah memanggilnya beberapa kali untuk berdebat kerana beliau kerap mengkritik kerajaan pimpinan bekas perdana menteri itu, selain berusaha meyakinkannya bahawa Anwar memang bersalah.
“Ketika zaman belajar, saya agak lantang bersuara. Beberapa kali saya dipanggil bertemu dengan Dr Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri dan berdebat dengan beliau secara peribadi.
“Saya ada bertanya dia, dan dia juga tanya saya mengapa mengkritik kerajaan. Saya sebut satu demi satu. Ada benda dia mengaku, (tetapi) banyak benda dia tak mengaku.
“Waktu itulah dia cuba meyakinkan saya bahawa Anwar Ibrahim memang bersalah, namun hari ini dia kata yang meyakinkan (Anwar bersalah) bukan dia, tetapi orang Umno.
“Tetapi pada waktu itu, dialah yang meyakinkan semua pemimpin politik serta pemimpin NGO dan pertubuhan pelajar termasuk saya, bahawa Anwar bersalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum Mendaulatkan Institusi Raja Dalam Perspektif Agama sempena Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.
Asyraf Wajdi aktif sebagai pemimpin pelajar ketika zaman gerakan reformasi dicetuskan Anwar selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Antaranya menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) antara tahun 1999 sehingga 2001, selain mewujudkan Majlis Pelajar Malaysia (MPM) bagi menentang Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Anwar sebelum ini pernah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun atas tuduhan penyalahgunaan kuasa pada tahun 1999.
Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan mengugurkan sabitan liwat ke atas pemimpin pembangkang itu.
Namun, beberapa tahun selepas dibebaskan, Anwar disabitkan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008, selepas pembangkang ketika itu memenangi lima buah negeri dalam Pilihan Raya Umum.
Bekas ketua pembangkang itu kini menghadapi hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Anwar bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan itu dan sentiasa menegaskan bahawa ia merupakan konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau.
– M’kini
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ArOFAD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment