Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Berani buat berani tanggung. Saya tidak akan bersubahat” – Ummi Hafilda komen isu anak saudara ditahan lombong pasir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Berani buat berani tanggung. Saya tidak akan bersubahat” – Ummi Hafilda komen isu anak saudara ditahan lombong pasir

"Berani buat berani tanggung. Saya tidak akan bersubahat" - Ummi Hafilda komen isu anak saudara ditahan lombong pasir

“Berani buat berani tanggung. Saya tidak akan bersubahat” – Ummi Hafilda komen isu anak saudara ditahan lombong pasir

“Bagi saya mudah sahaja, berani buat berani tanggung. Saya tidak akan bersubahat ke atas perkara yang mungkar walaupun melibatkan anak saudaranya dan abangnya sendiri,” kata Ummi Hafilda Ali.

Beliau berkata demikian berhubung penahanan anak saudaranya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.

Adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu dalam satu kenyataan di laman Fecebooknya turut telah menempelak PKR.

“Siapalah saya hendak menghalalkan cara, sebab itu saya menentang PKR dari dulu lagi hingga sekarang sebab saya tahu siapa ketua lanun mereka. Cakap hendak hapuskan rasuah tapi diri sendiri…keluarga dan kroni penuh tahi.

“Sama sahaja dengan yang ada sekarang ini. Sebab itu saya telah isytihar keluar Umno dan terbuka menyatakan ketidakpuasan hati saya ke atas kepimpinan perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan yang lain..bercakap tidak serupa bikin,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, halal adalah halal dan haram tetap haram.

Katanya, prinsip beliau mudah, jagalah hubungan baik dengan ALLAH, usah membuat fitnah dan menganiaya orang.

“Usah makan duit haram, buat amal jariah dan jauhkan diri daripada perbuatan zina. Nescaya ALLAH lindungi kita dalam rahmat dan nikmatnya,” katanya.

Jelasnya, biar kita berdepan dengan ‘jerung-jerung’ besar yang menyalaahgunakan kuasa atau jutaan penyokong yang akan memaki hamun, tidak mengapa kerana ALLAH lebih mengetahui.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Berani buat berani tanggung. Saya tidak akan bersubahat” – Ummi Hafilda komen isu anak saudara ditahan lombong pasir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zVEB62

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.