KITA TAK PERLU TUNGGU 30 TAHUN LAGI UNTUK MENGETAHUI SIASATAN 1MDB
Rata-rata rakyat sedar penubuan RCI forex oleh Perdana Menteri, Najib Razak sebenarnya terselindung niat serong yang amat nyata kerana yang dikehendaki pembayar cukai GST ialah siasatan berkaitan skandal 1MDB yang berada di depan mata, bukannya perkara yang sudah berlalu 30 tahun lamanya.
Penubuhan RCI forex mungkin boleh diterima kewajarannya sekiranya dalam masa yang sama diwujudkan juga RCI berkaitan 1MDB.
Lebih dari itu, jika disingkap helaian-helaian akhbar lama yang sekarang sudah tidak laku dan hanya layak jadi pembungkus nasi lemak saja, tidak pernah sama-sekali terlihat keprihatinan dan suara lantang Najib berkenaan isu forex itu ketika ia berlaku dahulu.
Hanya semata-mata untuk menutup skandal 1MDB yang lebih besar dan terkait secara langsung kepada dirinya, selain untuk melemah dan menyerang Tun Mahathir Mohamad, lalu itulah tujuan sebenar RCI forex diwujudkan.
Kenapa Najib tidak pernah mengusulkan penubuhan RCI forex ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO atau sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri di mana Tun Mahathir turut berbalah dengan Tun Abdullah Badawi pada ketika itu?
Mengapa hanya setelah dirinya sendiri terpalit dengan isu yang lebih besar dan menggegar tujuh negara lain yang turut menyiasat atau mengambil tindakan, baru RCI forex mahu ditubuhkan?
Tetapi, sementara siasatan 1MDB ditutup di sana-sini, ada yang dipecat serta dipenjarakan dan desakan agar diwujudkan RCI berkaitan skandal mega itu tidak diendahkan, sebaliknya RCI forex bukan main pantas gerak kerjanya.
Bukan saja laporan atau keputusan RCI forex sudah diumumkan, malah pihak polis turut dengan pantas menubuhkan pasukan petugas khas, hanya beberapa jam selepas siasatan polis dibuat mengenainya.
Bukankah bagus jika siasatan polis berkenaan 1MDB yang tertangguh dan tidak selesai-selesai sejak bertahun lalu, boleh dijadikan sepantas itu?
Bila sebenarnya siasatan polis mengenai 1MDB mahu diselesaikan?
Adakah kertas siasatan 1MDB hanya akan berulang-alik antara Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara sepanjang masa dan tidak lengkap sampai bila-bila?
Perlukah kita menunggu 30 tahun lagi di mana ketika itu mungkin Perdana Menterinya menghadapi isu yang lebih besar berkaitan dirinya, lalu untuk mengalihkan perhatian, maka ditubuhkannya pula RCI 1MDB sepertimana Najib memainkan isu forex sekarang ini?
Atau kita hanya perlu menumbangkan UMNO dan BN seawal tahun depan dan menyaksikan 1MDB disiasat ketika Najib masih lagi hidup dan bernyawa?
Pilihan di tangan kita dan jangan sia-siakan peluang yang sedang terbuka.
– http://ift.tt/1Ka9Gf1
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ao7DrZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment