Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yelah Kan, Kenapa Fathia Tak Pakai Tudung RM10 Saja...? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yelah Kan, Kenapa Fathia Tak Pakai Tudung RM10 Saja...?



FATHIA Latiff buat hal lagi. Kali ini pasal komen harga teh ais botol yang mahal. Bunyinya, macam bertanya: Siapa yang kawal harga barangan dan makanan di negara ini?

Fathia mungkin tidak tahu atau bengap. Atau, boleh jadi naif juga dalam hal ini. Cuma, kalau tak tahu, jangan berlagak pandai. Nanti akhirnya, kau terjebak membuat komen bodoh!

Kita ada Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961. Dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, disenaraikan semua jenis barangan yang dikawal harganya dan dipantau serta dikuatkuasakan KPDNKK.

Ringkasnya, dalam senarai panjang barangan kawalan itu, termasuk gula, susu, garam, tepung gandum, minyak masak dan beras.

Malah, merangkumi sampai harga simen, baja dan racun serangga.

Senarai lain, kau google lah sendiri Fathia. Sejak tak laku dalam industri lakonan ini, tentu kau ada banyak masa untuk menelaah fakta. Sebab kau suka ngomel dan caj pandai di Insta, elok kau mula rajin meneliti fakta.

Iltizamnya mudah: Supaya tiap benda ditulis, postingnya menampakkan kualiti akal yang kau ada!

Unta bernasib baik berbanding Fathia. Dalam jenaka klasik, kekurangan unta diselamatkan keadaan lehernya yang panjang. Tiap apa yang terlintas di fikiran unta, tidak mudah untuk diluahkan. Jenaka ini mengatakan, unta selamat kerana kata-katanya terpaksa melalui proses yang panjang melalui lehernya.

Ketika proses melalui lehernya yang panjang, sempatlah unta memikirkan semula hujahnya. Selalunya, dia menemukan logik. Jadi, kata-kata tidak sempat diucapkan apabila sampai ke lidahnya.

Jadi, jenaka itu menyifatkan: Bodoh unta jarang ketara!

Fathia sekarang sudah jadi macam attention seeker. Malah, bertahap kelas kambing sejak dilanda kontroversi. Sejak video jual buah betik yang viral di aplikasi langsung laman Bego, Fathia kelihatan tidak laku di pasaran. Macam jobless.

Isu jual buah betik di Bego menampakkan tahap akal Fathia: Dia nampak semborono, tidak halus dalam menjaga maruah diri, serta berperibadi amat memalukan.

Fathia juga ditendang keluar oleh produksi drama bersiri selepas aksi jual buah betik. Kata penerbit, kerana tahap disiplinnya yang buruk dan tidak profesional.

Dalam erti kata lain, masa tidak laku ini, Fathia sepatutnya menghabiskan waktu: Memperbaiki diri, memperkayakan akhlak, mewaraskan minda dan membaiki kredibiliti diri.

Jangan jadi sampah! Sudahlah menyemakkan mata, berbau busuk pula!

Fathia nampaknya suka melaram. Sangat pandai bergaya (kecuali ketika menjual betiknya di Bego, dia nampak sangat bodoh!) dan termasuk dalam senarai artis ada kelas fesyennya.

Alasan teh ais botol juga mudah kalau dikaitkan dengan ketrampilan Fathia. Ia berkait dengan kuasa memilih. Fathia boleh beli teh ais di warung dengan harga RM1.80 sen pun. Apataj lagi sekarang ini, ketika dirinya mungkin tidak berduit setelah tidak laku dalam industri.

Ini kuasa pilihan. Fathia tentu pernah membeli pakaian mahal. Barangkali, berharga RM1,000 atau lebih. Walaupun, Fathia tahu dia punya kuasa pilihan membeli barangan murah. Boleh saja beli tudung RM10. Boleh saja beli baju kurung RM59. Malah, boleh saja beli kasut bundle RM15.

Ini kuasa pilihan. Masa beli pakaian mahal zaman hebat dulu, pernahkah Fathia post di Insta sambil menyalak: Hoi! Mahalnya baju. Lebih mahal dari harga minyak!

Masa beli minyak wangi mahal, adakah pernah Fathia menyalak: Hoi! Mahalnya minyak wangi! Lagi mahal berbanding petrol.

Fathia nampaknya memilih isu dalam menyalak. Tidak membuat perbandingan adil, malah sangat naif dan dangkal pula.

Ada harga kita bayar kerana jenama dan gaya hidup. Teh ais botol di rangkaian stesen minyak, tentunya produk yang memiliki jenama dan status tersendiri.

Jadi, kalau dah pokai dan tidak berduit, Fathia beli saja di warung. Berjuta-juta rakyat Malaysia menikmati teh ais warung kerana mereka memilih status warung sebagai pilihan untuk mengendalikan kemampuan mereka.

Jadi berhentilah berlaku bodoh. Sebab bodoh bukan nasib. Tetapi engkau yang mencari bodoh untuk memperbodohkan dirimu!

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AQUtqg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.