Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia mohon ekstradisi kes dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia mohon ekstradisi kes dadah

KUALA LUMPUR: Enam rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki menyeludup dadah ketamin bernilai RM2 juta Rabu lalu, akan diekstradisi menerusi Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Malaysia dan China.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya akan membuat permohonan untuk proses ekstradisi supaya siasatan dapat dilakukan di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis Hong Kong sudah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penangkapan enam individu berkenaan manakala proses ekstradisi akan dilakukan selepas siasatan pihak Kastam serta Polis Hong Kong.

"Kita mempunyai MLA dengan China dan saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) atas hubungan baik kedua-dua negara," katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau berkata, polis akan menyiapkan kertas siasatan berhubung penahanan berkenaan yang akan dihantar kepada Peguam Negara untuk siasatan

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.

Rabu lalu, enam rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pelancong ditahan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana cuba membawa masuk dadah ketamin bernilai hampir HK$4 juta (RM2 juta).

Media tempatan melaporkan, enam lelaki berusia antara 18 hingga 28 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan di kaunter kastam sebaik tiba di Hong Kong dari Kuala Lumpur.

Lebih lapan kilogram dadah disyaki ketamin dianggar bernilai HK$3.9 juta ditemui dilekat pada badan empat daripada mereka.

Siasatan awal menunjukkan dadah itu adalah untuk pasaran Hong Kong.



Sumber Malaysia mohon ekstradisi kes dadah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i7YYS1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.