Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerjasama dengan UMNO untuk rakyat Selangor - Khalid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerjasama dengan UMNO untuk rakyat Selangor - Khalid

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, menegaskan 'kemunculannya' di Konvensyen UMNO Selangor hari ini bukan untuk menyertai UMNO.

Sebaliknya, bekas 'orang kuat' PKR itu berkata, beliau hadir di konvensyen tertutup bersama kepemimpinan tertinggi UMNO sebagai sokongan terhadap parti itu untuk menawan semula Selangor.

Ahli Parlimen Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu berkata, beliau sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat, terutama di Selangor.

"Saya masih bergerak sebagai anggota Bebas. Ada baiknya gerak secara bebas kerana orang Selangor tidak khuatir. Tujuannya adalah menjayakan rakyat Selangor.

"Parti saya rakyat Selangor...saya sambut baik usaha ke arah perpaduan umat Islam daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya Selangor maju dan makmur dengan kesatuan ini. Saya yakin usaha ini lebih efektif," katanya pada sidang media selepas Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar (tengah) bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat tangan selepas mengadakan sidang media Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai semula UMNO daripada PKR pada September lalu.

Khalid berkata, beliau komited bekerja demi memenuhi hasrat ummah kerana berpendapat Selangor perlu berubah dengan parti yang boleh menerajui negari itu.

Katanya, beliau juga tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana lebih senang dan bebas berjuang seperti sekarang.

"Kalau sesiapa terajui sama ada UMNO, mereka dapat satu padukan ummah, OK bagi saya. Ini adalah politik matang. Politik untuk cari pemimpin yang boleh terajui negeri kita.

"Rakyat lebih pandai daripada itu, biar mereka sendiri pilih wakil," katanya.



Sumber Kerjasama dengan UMNO untuk rakyat Selangor - Khalid

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWUxVF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.