Hi! Welcome Back and Stay Tune! RI4.0 tidak jejas peluang pekerjaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RI4.0 tidak jejas peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR: Revolusi Industri 4.0 (RI4.0) yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan graduan pada masa depan.

Seorang perwakilan mahasiswa yang mewakili portfolio pendidikan pada Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0, Ammar Adnan, berkata teknologi automasi hari ini tidak lagi perlu menggunakan tenaga manusia sepenuhnya tetapi memerlukan kecerdasan pembuatan.

"Sistem pendidikan negara perlu bersedia lebih awal dalam mengejar perkembangan teknologi yang bergerak terlalu laju dari zaman berzaman dan tidak mampu untuk kita hentikan.

"Apabila kita berada dalam era RI4.0, mesin dan jentera akan bergerak dengan sendirinya di mana kita memerlukan teknologi untuk menyelesaikan segala hal dengan pantas dan berkesan.

"Meskipun tidak menggunakan tenaga kerja sepenuhnya, pembuatan teknologi ini masih memerlukan tenaga kerja yang lahir dari graduan sebagai jurutera pembuatannya yang bermakna teknologi tidak akan menjejas peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Revolusi Industri 4.0 Dalam Sistem Pendidikan Negara Memacu Pembangunan Mahasiswa Global Ke Arah Malaysia Alaf Baru pada PEMANAS 5.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ammar turut mengusulkan berkaitan penyelarasan pembangunan realiti maya perlu diwujudkan di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai langkah awal sebelum mahasiswa berhadapan dengan alam pekerjaan.

"Sebagai contoh RI4.0 pembangunan realiti maya khusus untuk pelajar perubatan yang menjalani latihan praktikal pembedahan, mereka tidak lagi perlu menggunakan mayat sebenar tetapi dengan teknologi mayat hologram lebih memberi banyak manfaat terutamanya dari aspek kos, masa, keyakinan dan kecekapan sebelum berhadapan dengan mayat sebenar," katanya.

Sementara itu, wakil yang memegang portfolio Agama, Muhammad Naeimmuddin Zakaria mencadangkan kaedah 'fire with fire' dalam media sosial sebagai resolusi mengekang serangan idealogi yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

Usul itu disuarakan berdasarkan topik perbahasan bertajuk Dilema Pegangan Agama dan Keutuhan Nilai Anak Muda Menjelang 2050.



Sumber RI4.0 tidak jejas peluang pekerjaan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ia4Dac

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.