Polis tahan penumpang bas pakai stokin busuk lepas penumpang lain buat laporan
DELHI – INDIA. Polis di Delhi mengatakan mereka menahan seorang penumpang bas yang memakai stokin busuk dan mengganggu penumpang lain.
Menurut laporan BBC, penumpang bas lain membuat laporan polis selepas Prakash Kumar, 27 menimbulkan ‘gangguan awam’.
Insiden tersebut berlaku ketika bas dalam perjalanan ke Delhi dan Prakash menanggal stokin dan kasutnya di dalam bas.
Bau stokin tersebut sangat teruk sehingga ramai penumpang meminta Prakash menyimpan stokin tersebut di dalam beg.
Prakash bagaimanapun berdegil dan berlaku pertelingkahan diantara beliau dan penumpang lain.
Para penumpang kemudian memaksa pemandu bas berhenti di sebuah balai polis di Himachal Pradesh sebelum laporan polis dibuat.
Hindustan Times mengatakan Prakash menafikan stokinnya berbau busuk dan penumpang lain bertengkar dengannya ‘tanpa alasan’.
Polis membenarkan Prakash diikat jamin.
Sumber Polis tahan penumpang bas pakai stokin busuk lepas penumpang lain buat laporan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Akgn4e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment