Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM sahkan Pahang tidak akan mewakili Malaysia untuk Piala AFC 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM sahkan Pahang tidak akan mewakili Malaysia untuk Piala AFC 2018

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasminya tidak akan mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk bola sepak itu tidak menerima sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan tersebut.

“Sehingga tarikh tutup yang ditetapkan pada 30 November 2017, FAM tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada PBNP untuk menyertainya,” kata Hamidin dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, FAM memberi masa sehingga Khamis lalu kepada PBNP untuk menimbang semula tawaran beraksi dalam Piala AFC musim depan.

FAM sahkan Pahang tidak akan mewakili Malaysia untuk Piala AFC 2018

FAM sahkan Pahang tidak akan mewakili Malaysia untuk Piala AFC 2018

PBNP sebelum ini membuat keputusan mengejut apabila menolak tawaran FAM menggantikan Kedah sebagai wakil Malaysia bersaing dalam kejohanan itu, dengan memberi alasan ingin fokus terhadap liga tempatan.

Begitupun, tindakan itu tampak mengundang padah apabila AFC kemudian mengesahkan slot itu akan diberikan kepada negara lain berdasarkan Fasal 12.12, Peraturan Pertandingan AFC.

Ini kerana Pahang, yang memenuhi syarat kelayakan tetapi enggan menyertai kejohanan itu, secara automatik slot itu terbatal dan tidak boleh diberikan kepada pasukan tempatan lain.

Sumber: Mstar



Sumber FAM sahkan Pahang tidak akan mewakili Malaysia untuk Piala AFC 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zUBdIt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.