Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes RCI Forex: Tun Mahathir Ugut Ambil Tindakan Mahkamah. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes RCI Forex: Tun Mahathir Ugut Ambil Tindakan Mahkamah.


KUALA LUMPUR: Sedang pihak polis mula menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur penipuan yang menyebabkan kerugian tukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengugut untuk memfailkan tindakan mahkamah untuk menghalang pengedaran laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung perkara itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Dr Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata bahawa RCI telah membuat laporan polis meminta siasatan sama ada berlakunya jenayah pecah amanah dan penyelewengan yang telah dilakukan sehingga menyebabkan kerugian yang mencurigakan berjumlah RM31.5 bilion pada antara tahun 1992 dan 1994.

“RCI, yang tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, mencadangkan bahawa siasatan ini perlu dilakukan.

“Mereka mencadangkan beberapa personaliti yang dinamakan dalam laporan RCI itu untuk disiasat berdasarkan undang-undang yang berkaitan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu, peguam Dr. Mahathir, Haniff Khatri Abdulla mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menulis surat kepada sekretariat RCI untuk menghentikan penerbitan laporan tersebut sehingga ia memasukkan 495 halaman dokumen penyerahan tulisan Mahathir.

“Kami bercadang untuk menulis kepada sekretariat RCI pada hari Isnin untuk menuntut agar mereka berhenti mengedar atau menerbitkan laporan semasa sehingga mereka memasukkan semua 495 halaman bahan yang ditulis Mahathir dalam laporan itu.

“Kami akan memberi mereka sehingga Jumaat, 8 Dis., untuk mengemukakan tindak balas positif. Jika mereka gagal berbuat demikian, kami akan memasukkan permohonan semakan kehakiman untuk melarang penerbitan laporan yang ‘setengah masak’,” kata Haniff dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Laporan 524 muka surat yang dibentangkan di Parlimen pada Khamis lalu, dinyatakan bahawa Mahathir, yang merupakan perdana menteri pada masa itu, telah membenarkan kenyataan menteri kewangan yang mengelirukan.

Laporan itu juga menambah bahawa menteri kewangan ketika itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim “sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan yang mengelirukan” kepada Kabinet.

RCI juga melibatkan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang bertanggungjawab dalam operasi perniagaan forex BNM pada masa itu.

Sumber

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jDoQpc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.