Peminat Caci Izreen Aminda Di Instagram
Nampaknya perkahwinan Izreen Azminda dan pemuzik, Ude bukan sahaja mengejutkan orang ramai tetapi turut menerima kritikan negatif dari peminat. Di laman Instagram Izreen, ramai membanjiri ruangan komen dengan kata-kata cacian serta kecewa dengan sikap pelakon kesayangan mereka.
BACA: “Mungkin Saya Yang Tak Pandai Jaga Suami”
Semalam, Ude telah mengesahkan bahawa beliau dan Izreen sudah bernikah secara senyap pada 8 Ogos dan perkara ini hanya diketahui oleh isteri pertama dua minggu lalu. Rata-rata meletakkan kesalahan ke atas bahu Izreen yang didakwa sebagai perampas kebahagiaan keluarga orang lain.
Pada ketika ini, Izreen masih berdiam diri kerana ingin menjelaskan pada sidang media yang akan dibuat tidak lama lagi. Tetapi pengakuan Ude semalam sedikit sebanyak telah mencetuskan kemarahan peminat yang mempersoalkan keputusan mereka berkahwin secara rahsia.
Lebih panas lagi apabila ada yang mempertikaikan tindakan Izreen merampas suami orang biarpun sudah mengetahui bagaimana rasa peritnya suami dirampas kerana beliau sudah melalui perkara itu. Apapun mungkin ini bahagian Izreen sebagai wanita, doakan yang baik-baik sajalah. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zX65bm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment