Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adik, Kenalan PM Belanja Sendiri Pergi Arab Saudi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adik, Kenalan PM Belanja Sendiri Pergi Arab Saudi




Adik beradik dan kenalan Perdana Menteri yang mengikuti rombongan ke Arab Saudi menggunakan perbelanjaan sendiri untuk menunaikan ibadat umrah.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, adalah menjadi hasrat Datuk Seri Najib Razak untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja itu.

“Perdana Menteri telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

“Adik-adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci,” katanya.

Hanya ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah turut bersama Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

“Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah,” katanya kenyataan yang sama.

Makluman PMO itu ada kaitan dengan berita tular senarai nama termasuk keluarga, adik beradik dan kenalan Najib yang menyertainya dalam rombongan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Malah ada pihak tertentu yang membuat serkap jarang dengan mendakwa kos keluarga dan kenalan Najib ke negara itu ditanggung oleh kerajaan.

Dalam kenyataan PMO, Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi dan kos pengangkutan dan penginapan ditanggung oleh kerajaan negara berkenaan.

Terdahulu, dalam kenyataan itu memaklumkan lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

Rombongan Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor, ibunya, Tun Rahah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawainya.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D8fJJZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.