Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Sadis Mangsa Dera Bapa Dan Ibu Tiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Sadis Mangsa Dera Bapa Dan Ibu Tiri




SEPASANG suami isteri didakwa di mahkamah bagi tuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lima tahun yang mati akibat didera dengan kejam, termasuk dilambung sehingga kepalanya terhantuk siling selain dicucuk dada menggunakan gunting. 

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri Sabtu lalu, namun dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu. South China Morning Post melaporkan, menurut doktor, badan mangsa dipenuhi kesan lebam serta luka baru dan lama, malah ada yang sudah dijangkiti.

Bapa mangsa, pekerja pengangkutan berusia 26 tahun, serta ibu tirinya, suri rumah berumur 27 tahun, ditahan Sabtu lalu. Dalam prosiding semalam, Pegawai Pendakwa Wai Mei-nga membacakan kenyataan dua beradik mangsa iaitu abang berusia lapan tahun dan anak perempuan pasangan itu berusia tujuh tahun, mengenai butiran penderaan terhadap semua mereka.

“Adik beradik mangsa mengakui pasangan itu melambung mangsa beberapa kali sehingga kepalanya terhantuk siling. “Mereka turut mengayun mangsa dengan memegang kedua-dua tangannya. 

“Abangnya turut didera hampir setiap hari. Kaki dan tangan mereka dipukul dengan rotan, muka ditampar menggunakan selipar. Dada mereka dicucuk dengan gunting,” kata Wai. Mahkamah turut diberitahu mereka tidak diberi makan atau rehat mencukupi.

“Ketika sambutan Krismas dan Tahun Baru lalu, mereka hanya diberi sedikit makanan pada waktu malam dan dipaksa tidur di atas lantai di ruang tamu tanpa selimut tebal,” katanya.

Pasangan terbabit cuma tunduk sepanjang prosiding. Mahkamah menetapkan 6 Mac depan untuk sebutan semula kes dan pasangan itu tidak dibenar diikat jamin.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2myziR4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.