Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUN MAHATHIR TANDING DI TITIWANGSA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUN MAHATHIR TANDING DI TITIWANGSA?

Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri yang mempunyai misi untuk menyelamatkan Malaysia, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini membayangkan tiga kerusi yang sesuai untuk ditandinginya dalam PRU 14 iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Ketiga-tiga kerusi itu bukan saja sinonim dengan Tun Mahathir ketika eranya berkuasa sebagai Perdana Menteri dahulu, bahkan juga dilihat tiada masalah untuk beliau memenanginya.

Meskipun demikian, wujud juga kebimbangan bahawa beliau mungkin terpaksa bekerja lebih keras untuk menang di kerusi-kerusi tersebut atas pelbagai faktor.

Di Putrajaya, ia mungkin disebabkan hampir keseluruhan pengundinya adalah kakitangan awam yang dengan sendirinya mendedahkan mereka kepada ugutan, tekanan dan mainan politik oleh ketua jabatan masing-masing.

Di Langkawi dan Kubang Pasu pula, meskipun tidak dinafikan jasa serta sumbangan Tun Mahathir amat besar kepada kedua-dua kawasan itu, tetapi faktor pengundi Melayu luar bandar yang agak ramai tentu saja akan memberi sedikit kelebihan kepada UMNO dan BN untuk memainkan sentimen perkauman dan menghamburkan pelbagai tawaran berupa dedak dengan tujuan memancing undi.

Jika Tun Mahathir terpaksa bekerja lebih keras untuk menjadi Ahli Parlimen bagi membolehkannya tidak menghadapi masalah untuk dilantik menjadi Perdana Menteri, ia dalam masa yang sama akan menyekat langkah beliau untuk pergi dengan selesa ke seluruh negara untuk gerak kerja kempen yang lebih menyeluruh.

Keadaan itu barangkali akan menjejaskan pula peluang Pakatan Harapan di banyak kawasan lain khususnya yang ditandingi Bersatu kerana tidak dinafikan pengaruh kempen beliau adalah tarikan utama untuk menarik sokongan rakyat kepada perubahan sambil memecahkan undi yang selama ini pro kepada UMNO.

Di banyak kawasan Parlimen yang sebelum ini dimenangi oleh calon-calon UMNO, jika Tun Mahathir berjaya menarik 5 atau 10 peratus undi yang diperolehi mereka pada 2013 lalu, di samping sudah ramai yang meninggalkan parti itu bagi menyertai Bersatu, peluang Pakatan Harapan untuk menang dengan sendirinya akan jadi sangat cerah.

Lantaran itu, adalah dirasakan Tun Mahathir perlu bertanding di kawasan lain yang peluang boleh menangnya adalah lebih cerah berbanding Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Dalam rundingan pembahagian kerusi yang menyaksikan kuota 52-51-35-27 berjaya diselesaikan, kawasan yang menjadi pertikaian sehingga saat-saat akhir ialah Titiwangsa.

Kerusi itu sebelum ini disasarkan oleh Amanah dengan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai dipersiapkan untuk bertanding menentang Johari Ghani dalam pilihanraya akan datang.

Namun dengan Bersatu turut mahukan kawasan itu dan rundingan terus buntu untuk beberapa lama,  Amanah akhirnya sedia mengalah atas semangat kebersamaan untuk mencapai kemenangan menumbangkan Najib, UMNO dan BN.

Dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Harapan 7 Januari lalu, Tun Mahathir turut merakamkan penghargaan kepada Amanah kerana memudahkan proses rundingan sehingga persefahaman dalam pembahagian kerusi berjaya dimuktamadkan.

Jika Bersatu ingin mencari kawasan yang lebih selamat dan boleh menang untuk Tun Mahathir serta membolehkannya turut berkempen ke tempat-tempat lain, kawasan yang harus difikirkan ialah Titiwangsa.

Dengan Johari hanya menang lebih 800 undi pada pilihanraya lalu, di situ juga terletaknya Kampung Baru dan Keramat, namun turut memiliki jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar, Titiwangsa boleh dikata selesa untuk Tun Mahathir.

Lagi pula, dengan berjaya menumbangkan seorang anggota kabinet di Titiwangsa, ia tentunya akan memberi lonjakan semangat yang menyeluruh kepada Pakatan Harapan.

Maka, berbanding Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu, Titiwangsa adalah kawasan yang lebih baik dan sesuai buat Tun Mahathir.

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AVzWfU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.