Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Arab Saudi Awasi Binladin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Arab Saudi Awasi Binladin


Arab Saudi mengambil alih pengurusan konglomerat pembinaan terbesar negara itu, Saudi Binladin Group, dan sedang membincangkan pemindahan sebahagian aset kumpulan berkenaan menjadi milik negara ketika pengerusi dan beberapa ahli keluarga Binladin berada dalam tahanan.

Binladin yang mempunyai lebih 100,000 pekerja ketika era kegemilangannya ialah syarikat pembinaan terbesar Arab Saudi dan amat penting kepada kerajaan bagi projek hartanah, industri dan pelancongan dalam usaha memacu ekonomi agar tidak terlalu bergantung kepada minyak.

Namun, kewangan syarikat itu terjejas teruk sejak beberapa tahun lalu, berikutan kemerosotan industri pembinaan serta penggantungan sementara daripada projek kerajaan selepas tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 2015 yang mengorbankan 107 orang, memaksa ia membuang ribuan pekerja.

Kerajaan menahan sejumlah pegawai kanan, termasuk menteri dan putera serta ahli perniagaan dalam operasi anti-rasuah Oktober lalu. Turut ditahan Pengerusi Binladin, Bakr Bin Laden dan beberapa ahli keluarga Bin Laden.

Antara ahli keluarga Bin Laden ialah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat sebagai ketua al-Qaeda di Afghanistan dan ditembak mati tentera Amerika pada 2011 di Pakistan. Osama ialah saudara tiri Bakr.

Namun, keluarga Bin Laden menegaskan Osama tiada kaitan dengan kumpulan Binladin.

Reuters yang memetik sumber melaporkan, kerajaan sedang merundingkan penyelesaian dengan semua yang ditahan itu bagi mendapat balik AS$100 bilion (RM398 bilion) yang dikatakan milik negara, termasuk rundingan dengan BinLadin.

Sejak penahanan itu, Kementerian Kewangan menubuhkan jawatankuasa lima anggota dengan tiga wakil kerajaan bagi mengendali dan menguruskan perniagaan Bin Ladin.

Meskipun Binladin ketika ini masih milik keluarga, namun rundingan sedang berjalan untuk memindahkan sebahagian aset kepada kerajaan atau mengurang atau menghapuskan hutang kerajaan kepada kumpulan itu.

Sumber perbankan menyatakan hutang kerajaan kepada Binladin ialah kira-kira $30 bilion (RM119 bilion).-Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mAMUvh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.