Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tapp – Perkhidmatan Telekomunikasi Baru Yang Tawar Ciri Jual Kembali Kuota Data Tidak Terpakai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tapp – Perkhidmatan Telekomunikasi Baru Yang Tawar Ciri Jual Kembali Kuota Data Tidak Terpakai

Baru-baru ini, beberapa perkhidmatan telekomunikasi baru telah dilancarkan, termasuk memfokuskan kepada generasi digital. Paling terakhir kita lihat adalah daripada Maxis yang dinamakan Ookyo, dan kini sebuah lagi perkhidmatan baru hadir dinamakan Tapp.

Tapp mengatakan mereka beroperasi dibawah rangkaian Digi 4G+, dan turut menawarkan perkhidmatan digital sepenuhnya lebih kurang seperti Ookyo.

Tapp Digi

Melalui Tapp, ia menawarkan kebolehan untuk anda membuat pelan tersendiri berdasarkan kepada permintaan dan keperluan anda. Anda boleh memilih minit panggilan yang diperlukan, dan data yang anda inginkan. Ia seterusnya akan memaparkan berapakah kadar bayaran bulanan untuk pelan yang dicipta anda.

Menariknya adalah, Tapp turut memberikan kemudahan untuk anda menjual kembali data yang tidak digunakan dan diubah kepada kredit Tapp pada harga 65% daripada harga asal. Ini bermakna sekiranya anda baki data atau minit panggilan tidak digunakan, anda boleh menjual kembali ia apabila pelan anda tamat tempoh.

Tapp Android

Salah satu perkara yang mungkin turut tidak digemari ramai adalah ia juga memerlukan anda menggunakan melalui aplikasi khusus yang mengaktifkan VPN – lebih kurang seumpama Ookyo.

Pihak Tapp turut mengatakan yang mana kini ia hanya memfokuskan pengguna Android sahaja, tiada sokongan Mobile Hotspot, MNP, dan perayauan. Malah, beberapa aplikasi seperti Uber, Netflix dan Snapchat juga tidak disokong melalui talian mereka.

Anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi Tapp dan membuat tempahan kad SIM percuma bersama dengannya. Pengguna akan disediakan dengan data percuma untuk Instagram selama 3 bulan, dan kredit RM3 bersama dengannya. Untuk tambah-nilai, ia menggunakan kredit tambah-nilai Digi.

Muat-Turun Tapp untuk Android

Layari : Tapp



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ANf8Y6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.