Fakta Yang Dilupakan : Harga Petrol Tahun 1986 Jauh Lebih Mahal Dari Sekarang
Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 9 Januari 2018
Harga Petrol pada tahun 1986 - lebih 31 tahun yang lalu adalah antara RM1.03 hingga RM1.18 seliter.
Dengan mengambil kira inflasi lebih dari 30 tahun serta pendapatan kita yang semakin meningkat, harga petrol adalah lebih murah pada hari ini.
Pada tahun 1986, gaji untuk seorang kerani adalah kira-kira RM300 sebulan.
Pada masa itu, harga minyak global murah. Malah, pengurangan 3sen dan 7sen seliter seperti yang dibincangkan dalam artikel itu dimungkinkan oleh kejatuhan harga minyak.
Menjelang Julai 1986, purata harga minyak mentah OPEC bagi setiap tong tanpa caj penghantaran (FOB – free on board) jatuh kepada AS$9.85 (RM23 ketika itu) dari AS$23.29 (RM54) pada bulan Disember 1985.
Oleh itu, kenapa harga petrol hari ini hanyalah dua kali ganda daripada harga pada tahun 1986 walaupun harga minyak dunia kini adalah AS$65 (RM260) - atau lebih daripada 10 kali ganda harga dalam Ringgit berbanding harga RM23 setong pada tahun 1986?
Ini adalah kerana Tun Mahathir telah mengenakan cukai ke atas kita untuk petrol pada kadar 58sen seliter selama hampir keseluruhan tempoh pemerintahannya.
Cukai ini dihapuskan pada tahun 2004 - setahun selepas beliau bersara dan juga pada masa itu harga minyak global mula meningkat dengan ketara.
Link asal artikel:
http://ift.tt/2myMXrj
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3iZjQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment