Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Lebih Adil Berbanding Mahathir - PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Lebih Adil Berbanding Mahathir - PAS


KUALA LUMPUR: PAS mengakui bahawa pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih baik daripada Tun Mahathir Mohamad dalam konteks pembangunan di Kelantan.

Komen tersebut dibuat oleh seorang pemimpin kanan PAS selepas Pakatan Harapan (PH) menamakan Mahathir sebagai calom PM mereka jika menang PRU14.

Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ketika zaman Mahathir, Kelantan dianak tirikan, selain pembangunan disekat bagi memberi tekanan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pada hari ini, kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pusat amat baik sehingga membawa perubahan yang amat positif untuk rakyat.

“Jika kita guna bahasa kasar kita ‘dianak tirikan’ pada waktu itu (zaman Mahathir) tetapi alhamdulilah, era Perdana Menteri sekarang ini hubungan antara negeri dengan pusat bertambah baik.

“Disebabkan itu kita tengok banyak pembangunan berlaku di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Betis, Lojing, pada Khamis.

Majilis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd. Amar juga Naib Presiden PAS berkata, walaupun memerintah negeri ini selama 22 tahun namun zaman Mahathir sudah berlalu.

“Bila Pakatan Harapan calonkan Mahathir sebagai PM semula sebenarnya undur ke belakang.

“Dunia hari ini amat berbeza. Zaman dia sudah berlalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim mendakwa parti Islam itu dilayan bagaikan pengemis apabila Pakatan mendapat kuasa.

“Pemimpin parti kawan hanya datang berceramah, berjabat tangan dan bertemu pengundi dan rakyat, tetapi kerja-kerja di sebalik semua itu telah disediakan oleh PAS.

“Jentera PAS sudah serik dengan karenah bermuka-muka bekas rakan politik PAS, sewaktu pilihan raya datang bertemu PAS dengan wajah tanpa bersalah dan merayu bantuan.

“Akan tetapi selepas mencapai kemenangan dan pilihan raya, melayani PAS seumpama peminta sedekah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS merupakan parti pembangkang terbesar di negara ini dengan mentadbir sebayak 190 kawasan secara aktif, selain mempunyai 7,000 cawangan serta mempunyai keahlian mencecah lebih 1 juta orang hingga kini.

“Keupayaan dan ketumbukan ini usah dipandang enteng kerana dalam kancah politik dan pilihan raya, tenaga manusia adalah faktor terpenting dalam penentuan pergerakan serta operasi parti.

“Beberapa pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, PAS berada dalam tahaluf politik dan kerjasama, jentera serta kekuatan semua ahli PAS dikerahkan untuk menyumbang tenaga dan kepakaran kepada parti kawan.

“Malah wang ringgit dan sumbangan derma ahli PAS turut diagihkan untuk memastikan kemenangan rakan politik PAS,” katanya.

Katanya lagi, meskipun PH ditubuhkan dengan penyertaan dua parti baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun ia masih tidak mampu menandingi kekuatan PAS.

“PAS memiliki sesuatu yang mereka tidak miliki iaitu jentera dan aset yang mencukupi.

“Walaupun tidak bersama mereka lagi, PAS mempunyai kelebihan tersendiri dan kepakaran yang mampu mengisi kelompongan dirobek keluar daripada PAS,” katanya lagi.-Mynewshub


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3Cgli

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.