Hi! Welcome Back and Stay Tune! NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import

 | January 9, 2018
Setiausaha agung NUTP berkata, kerajaan perlu membekalkan buku teks mencukupi kepada sekolah untuk memudahkan pembelajaran di kalangan pelajar.
nutp-buku-teks-pelajarKUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengimport buku teks bahasa Inggeris bukan isu, sebaliknya kekurangan buku teks di sekolah lebih penting, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

“Yang penting ada buku untuk kita mengajar, yang kita risau tak ada buku. Sekarang buku teks kurang, kita minta kementerian bagi secukupnya pada sekolah dan lebihkan,” kata Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock pada sidang media di Wisma NUTP hari ini.

Beliau berkata, pengimportan buku teks bahasa Inggeris bukan isu kerana lebih penting ialah mencari cara mudah untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar.

“Kalau kita ajar bahasa, kalau ia (buku import) lebih banyak maklumat, banyak benda yang dibaca ia akan menguntungkan pelajar. Sama ada dalam negara atau luar negara, ia bukan isu.
“Kita kena lihat, murid perlu cara mudah faham bahasa Inggeris. Ada beberapa negara yang ada cara mudah. Kita nak murid pada 2050 nanti, dia boleh berbahasa Inggeris ataupun berbahasa ke-3 supaya dia lebih cepat belajar.”

Kenyataan itu disokong Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak yang berkata, kerajaan membuat keputusan itu mungkin kerana mereka merasakan teknik pembelajaran luar negara ada kebaikannya.
Buku teks yang dipertikaikan itu ialah Super Minds terbitan Cambridge University Press untuk murid sekolah rendah dan Pulse 2 terbitan MacMillan untuk pelajar sekolah menengah.

Ia akan menggantikan buku teks bahasa Inggeris tempatan untuk menyelaras kurikulum sejajar Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) – panduan yang dibangunkan Majlis Eropah bagi mengukur kemahiran bahasa asing.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mempertikaikan tindakan Kementerian Pendidikan membeli buku teks bahasa Inggeris import tanpa melalui tender terbuka.

Jurucakap Parlimen DAP untuk pendidikan, sains dan teknologi itu berkata, pembelian buku teks import itu nampaknya dibuat melalui rundingan terus dengan penerbit tempatan Pan Asia Publications dan Desa Fikir.

Katanya, proses itu jelas berbeza dengan pembelian buku teks tempatan yang tertakluk kepada tender terbuka kompetitif dan hasil semakan ke atas buku itu mendapati ia dihasilkan untuk pelajar Sepanyol.
Beliau dilaporkan berkata, buku itu “langsung tiada kandungan tempatan” kerana disalin bulat-bulat daripada versi asal dengan konteks British.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mfFWLp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.