Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasport Berwajah Baru Dengan Harga Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasport Berwajah Baru Dengan Harga Lama

Barang paling penting yang perlu dibawa bila pergi bercuti ke luar negara sudah semestinya pasport. Ia harus dijaga dengan elok supaya tidak dicuri semasa kita pergi bercuti.

Baru-baru ini pasport terbaru Malaysia dikatakan antara yang tercantik di dunia dan ciri keselamatan juga lebih canggih berbanding pasport lama.

BACA: Hilang Pasport, Denda Sehingga RM1,000

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat Malaysia boleh memohon atau membuat pembaharuan pasport versi terbaru itu sejak 15 November tahun lepas.

“Biarpun mutu (pasport) telah meningkat tetapi harganya tidak dinaikkan. Beban rakyat tidak akan bertambah. Tiada cukai tambahan dan bayaran perkhidmatan baharu (permohonan atau pembaharuan pasport) pada tahun ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, harga permohonan atau pembaharuan pasport masih dikekalkan iaitu RM200 sahaja.

Tambahnya, pasport versi baru itu boleh mencegah daripada ditiru atau disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, antara ciri keselamatan terbaru yang ada pada pasport versi baru itu ialah muka surat biodata polikarbonat disertakan bersama cip dan ciri pengesahan ketulenan pasport yang hanya boleh didedah melalui cahaya ultra violet (UV).

Kita sebagai rakyat Malaysia boleh berasa bangga dengan kemajuan negara yang semakin canggih contohnya pasport terbaru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Buat Pembedahan Plastik, Tak Lepas Imigresen
Ini Kebaikan Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bingung Nak Pilih Makanan Di Tasik Raban



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D641zk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.