Tentang Tol : Mahathir Tolak Idea Pro-DAP ?
Kenyataan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai keperluan kutipan tol lebuh raya seolah-olah 'menafikan' idea pakatan itu yang mahu memansuhkannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pertentangan pendekatan itu pastinya akan membawa konflik dalam gabungan tersebut yang akhirnya rakyat akan menderita.
"Hari ini, Dr. Mahathir melenyapkan idea asal pakatan itu untuk memansuhkan tol. Beliau sendiri menjelaskan keperluan kutipan tol dan turut memberitahu bahawa kadar tersebut adalah antara yang termurah di dunia.
"Perkara seperti ini dalam pakatan tersebut hanya akan membawa kepada konflik dalaman sehingga akhirnya, rakyat yang akan menderita. Berikutan itu, saya menggesa rakyat jangan terpedaya dengan janji-janji palsu pakatan tersebut," katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut Abdul Rahman, di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, proses rasionalisasi kutipan tol telah diberhentikan.
Sebagai contoh, kata Abdul Rahman, Lebuhraya Utara Selatan diambil alih oleh Khazanah Nasional (Khazanah) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 2010 bertujuan mengimbangi mekanisme kutipan tol dan tidak lagi memihak kepada syarikat swasta yang dikontrakkan.
"Di bawah pemilikan penuh ini, perjanjian konsensi telah dibincangkan semula dan kesemua lebuh raya dibawah Plus Malaysia Berhad seperti Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Tuas Second Link tidak menyaksikan sebarang kenaikan sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.
"Bukan itu sahaja, beberapa tol telah dimansuhkan dalam pengumuman Bajet 2018 seperti tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) dan Bukit Kayu Hitam," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AU62ZE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment