Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Anggap Bilangan Like Sebagai Ukur Nilai Diri’. Kanak-Kanak Kini Mudah Mengalami Kemurungan Jika Kurang Terima 'Like' Di Media Sosial.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Anggap Bilangan Like Sebagai Ukur Nilai Diri’. Kanak-Kanak Kini Mudah Mengalami Kemurungan Jika Kurang Terima 'Like' Di Media Sosial..



KANAK-KANAK seawal lapan tahun kini bergantung kepada media sosial untuk mengukur nilai diri mereka, lapor Daily Mail.

Menurut satu kaji selidik di England, kanak-kanak itu mengukur status mereka berdasarkan jumlah 'likes' (sukaan) yang diperolehi di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Malah, ada yang mengubah tingkah laku mereka dalam kehidupan sebenar untuk meningkatkan imej mereka di atas talian.





"Apa yang bermula sebagai aplikasi yang menyeronokkan, berubah menjadi tekanan ketika mereka mula jejak sekolah menengah.

"Walaupun media sosial jelas memberikan manfaat yang besar kepada kanak-kanak, ia juga mendedahkan mereka kepada risiko yang signifikan secara emosi.


"Saya bimbang bahawa ramai kanak-kanak yang memulakan alam persekolahan menengah, tidak bersedia menghadapi tekanan di media sosial secara tiba-tiba apabila dunia mereka mula berkembang," kata Pesuruhjaya Kanak-kanak England, Anne Longfield.

Beliau telah menjalankan kaji selidik tersebut melibatkan kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun.

Menurutnya, media sosial telah mendedahkan kanak-kanak kepada gangguan emosi, sehingga ada yang tidak mampu berhadapan dengan tekanan yang dihadapi di atas talian.

Bulan lalu, bekas eksekutif Facebook Chamath Palihapitiya, telah menyalahkan syarikat itu kerana 'merosakkan bagaimana masyarakat berfungsi'.

Bagaimanapun Facebook dalam satu kenyataan balas telah menasihatkan pengguna supaya enggunakan medium tersebut secara aktif.


Menurut gergasi media sosial itu, ini kerana, melayari laman media sosial itu secara pasif dengan hanya 'scroll' dan membaca posting orang lain boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna tersebut.

Berikut merupakan antara respon kanak-kanak tersebut:

"Apabila anda dapat 50 'likes' ia buat anda rasa bagus, sebab anda tahu anda kelihatan baik dalam foto itu." Harry, 11

"Jika saya dapat 150 'likes', ini bermakna mereka menyukai anda.' Aaron, 11

"Saya mungkin menggunakan media sosial 18 jam sehari." Bridie, 11

"Anda mungkin membandingkan diri anda kerana anda tidak begitu cantik berbanding dengan mereka." Aimee, 11

"Jika anda tidak mempunyai barang-barang mahal dan berjenama, orang akan perlekehkan anda." Harry, 11


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2m2Y2Ru

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.