Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir Serang PAS Kerana Mahu Kepercayaan DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir Serang PAS Kerana Mahu Kepercayaan DAP





Orang Kedah kata "tak dah arah dah" atau "abis akai dah", itulah gelaran sesuai buat Mahathir sekarang ini. "Kelupoq tak sangga" sebab hendak kuasa.

"The end justify the means" kata Machiavelli dalam bukunya The Prince. Matlamat menghalalkan cara. Kerana hendak sangat kuasa, Mahathir akan buat apa sahaja hendak bagi DAP suka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad kini semakin rancak menyerang PAS. Pelbagai tuduhan dibuat ke atas PAS termasuk melabel presidennya Abdul Hadi Awang sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Ternyata tuduhan itu menunjukkan Mahathir kini semakin terdesak. Ia merupakan tuduhan yang jelas sekali melanggar prinsip agama. Dulu Mahathir sedap kata PAS mengkafirkan orang. Kini, Mahathir pula mengkafirkan orang PAS.

Selain itu, sebagai seorang Islam juga, Mahathir tidak wajarlah menjadi `mufti' dengan melabelkan seseorang itu sebagai kafir. Sebelum ini Mahathir kata semua mufti juga kafir ketika berucap dalam mesyuarat agung PPBM.

Apa boleh buat, Mahathir bertindak agresif sebegini semata mata hendak ambil hati DAP sahaja. Mahathir memang selalu berlagak sebagai mufti pun.

Dulu Mahathir membuat `fatwa' sendiri kononnya mereka yang mengerjakan haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.

Tidak berhenti di situ, Mahathir juga pernah mengatakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi manfaat kepada jutaan rakyat yang memerlukan sebagai salah satu bentuk rasuah dan haram diterima.

Disebabkan keceluparan mulut Mahathir ini, Hadi sendiri sudah beberapa kali meminta beliau bertaubat. Namun jika dilihat kepada agenda lain, ramai yang mengandaikan ia merupakan satu serangan yang dilakukan semata-mata untuk menambat hati DAP.

Semua tahu DAP dan PAS tidak mempunyai hubungan yang baik. Kedua-duanya yang pernah berada dalam satu gabungan pembangkang sebelum ini telah terputus selepas muktamar Tahunan PAS pada 2015 meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Ia susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Abdul Hadi terutama dalam isu hudud.

Sejak itu PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Itu antara salah satu sebab Mahathir menyerang PAS apatah lagi ketika Pakatan Harapan sedang `berfikir-fikir' untuk menamakan calon Perdana Menteri mereka.

Mahathir sendiri tidak menyembunyikan hasrat untuk dicalonkan sebagai PM malah beliau menyatakan kesediaan untuk menjadi calon jika Pakatan Harapan terdesak dan tiada calon lain.

Ketika ini ada pemimpin PKR yang menyokong Mahathir menjadi Perdana Menteri dan meskipun hanya sementara sebelum Anwar Ibrahim keluar dari penjara, namun sekurang-kurangnya ia menunjukkan ada sokongan kepada beliau.

Berbeza dengan DAP, setakat ini masih belum ada kenyataan terbuka dari DAP menyokong Mahathir sebagai PM sementara.

Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas mengenai cadangan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara gabungan berkenaan.

Cadangan itu, kata Guan Eng seharusnya dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang terlebih dahulu, sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamad.

Mungkin atas sebab itu, ramai yang melihat Mahathir yang kini semakin `galak' menyerang PAS semata mata kerana mahu 'mengambil hati' DAP. Disebabkan itulah Mahathir kini tidak berhenti daripada menyerang PAS semata-mata mahu mendapatkan perhatian DAP.

Dengan DAP bukan main lagi Mahathir berkawan kerana hendak rampas kuasa. Sesama Islam, UMNO dan PAS macam macam yang Mahathir kata dan label, sampai tuduh kafir dan sebagainya.

Itulah perangai orang yang berusia 93 tahun bila terlalu kemaruk kuasa. Sanggup buat apa sahaja.


Tulisan :
Beruang Biru
BB726, Khamis
4 Januari 2018






✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2m4hux6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.