Ozlynn Amal Air Akar Kayu Untuk Kulit Cantik
Makin hari isteri kepada pelawak Johan, Ozlynn semakin cantik. Memang berbeza sangat jika dibandingkan sewaktu kemunculannya di dalam industri hiburan tanah air satu ketika dahulu.
Siapa sangka Ozlyn kini merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Lebih menggembirakan, Ozlynn kini hamil anak kelima yang kini memasuki usia 5 bulan.
Walaupun dah beranak 4, Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit. Berseri-seri je. Kulit pun putih kemerahan tanpa mekap tebal. Rupanya ini rahsia Ozlynn kekal langsing dan miliki kulit cantik.
1. Elak air sejuk & manis, hanya minum air suam
Selepas bersalin, saya berpantang makan selama dua tahun. Elakkan air sejuk peti ais, ais, air kordial berperisa dan air berkarbonat. Hanya air suam yang menjadi pilihan sejak zaman anak dara lagi.
2. Amalkan tungku ketika berpantang
Ketika berpantang, saya memang ketat mengamalkan rutin bertangas untuk membersihkan toksin dalam badan. Tidak lupa bertungku yang baik untuk memecahkan darah-darah beku. Saya tetap makan nasi ketika tempoh berpantang untuk memberi tenaga kerana saya menyusu badan.
3. Amalkan minum air rebusan akar kayu
Dari dulu lagi saya mengamalkan minum air rebusan akar kayu. Sebulan sekali mesti minum. Dan, air suam minuman rasmi. Sebotol air mineral memang sentiasa ada bersama saya ke mana-mana saja.
4. Tak perlu guna produk mahal, asalkan bersesuaian
Saya tidak menggunakan produk penjagaan kulit yang mahal. Cukup dengan rangkaian Simple, Clean & Clear dan Neutrogena. Sebenarnya, untuk mendapatkan keserasian produk yang digunakan, bukanlah daripada harganya tetapi bagaimana kita memilih produk yang sesuai dengan kondisi kulit kita.
Sumber: Intrend
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F5p6Hu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment