Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azmin Jadi Calon Shah Alam, Zuraida Ke Hulu Langat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azmin Jadi Calon Shah Alam, Zuraida Ke Hulu Langat





Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.



Laporan Bernama yang memetik sumber menyebut, Timbalan Presiden PKR itu akan diletakkan di Parlimen Shah Alam.



Selain itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula dipindahkan dari Parlimen Ampang ke Hulu Langat.



Sumber itu berkata, nama mereka dan dua kerusi Parlimen berkenaan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (PH) Selangor di Shah Alam hari ini.



Untuk rekod, kerusi Hulu Langat dan Shah Alam dimenangi PAS pada PRU13 yang ketika itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.



“PKR mungkin bertanding di kedua-dua kerusi itu namun ia masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua rakan komponen PH,” demikian menurut sumber itu.



Pada PRU ke13, kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi Khalid Abdul Samad atas tiket PAS selepas beliau menewaskan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi. Khalid kini menyertai Amanah, parti serpihan PAS.



Sementara itu kerusi Parlimen Hulu Langat dimenangi Che Rosli Che Mat juga daripada PAS yang mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.



Dalam pada itu Pengarah JPR Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata keputusan untuk menentukan parti daripada komponen PH yang akan bertanding di kesemua 25 kerusi DUN Selangor sandangan PAS dan BN akan ditentukan akhir bulan ini.



Beliau berkata keempat-empat parti komponen PH iaitu DAP, PKR, Amanah dan PPBM masih lagi berbincang sebelum memuktamadkan pembahagian kerusi.



Pengarah Pilihan Raya PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari berkata calon daripada parti berkenaan tidak akan semata-mata tertumpu untuk bertanding di kerusi yang ditandingi calon Umno sebaliknya menerima mana-mana kerusi yang sewajarnya.



Selangor mempunyai 56 kawasan DUN, dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, BN 12 kerusi dan Amanah serta Bebas, masing-masing dua kerusi.







-sh-

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CKC1Ag

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.