“Jauhi Makanan, Walaupun Perubahan Kecil Tak Apa, Kecil-Kecil Lama-Lama Kecikkk!!” – Abam Bocey Mula Berdiet..
Pelawak terkenal Abam Bocey mula mengurangkan kuantiti makanannya untuk menurunkan berat badan.
Abam memberitahu perkara itu menerusi satu foto yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya semalam.
“Jauhi makanan, walaupun perubahannya kecil tapi tak mengapa, kecil-kecil lama-lama kecikkk!!
“Usaha untuk perubahan, perlahan-lahan. #kitausaha #misimengecil #gemokisawesome #taksukabolehjalan #kitabaikramaisayang” tulis.
Posting tersebut mengundang pelbagai reaksi pengikutnya yang rata-rata memberikan semangat beserta tips untuk kurus.
Mereka juga menyatakan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat hasil penurunan berat badan Abam kelak.
“Pagi makan 1 biji telur rebus, tenghari makan epal hijau 2 biji, petang sebelum jam 7 makan oat saja jangan campur apa-apa jenis susu. Kosong saja. Saya amalkan ni selama 3 bulan Abam dan saya workout serta buat senaman tabata,” -@anwarzs_reznickzs
“Terbaik Abam. Mulakan dengan pengurangan saiz makanan. Kurangkan pengambilan gula. InshaAllah. Abam kuat terutama ada wife disisi...cayuk2,” -@zurainia1980
“All the Best abam. Nanti boleh bagi inspirasi pada orang lain,” -@tihah_ramlan
Foto: Instagram @abam_bocik
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2m5ewIy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment