Hi! Welcome Back and Stay Tune! NIK ABDUH: NAK SELAMATKAN NEGARA TAPI PILIH DR M? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NIK ABDUH: NAK SELAMATKAN NEGARA TAPI PILIH DR M?

Di tengah-tengah hangat berita Tun Dr Mahathir Mohamad akan diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN), anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas tindakan HARAPAN memilih bekas perdana menteri itu.

Beliau mendakwa Mahathirlah punca segala masalah yang dihadapi negara sehingga ini.

“Mereka kata (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pencetus masalah negara. Katakanlah ia betul.

“Tetapi mereka memilih Mahathir, punca segala masalah negara dahulu, sebagai pengganti. Ini nak selesaikan masalah atau nak rayakan masalah?” soalnya di Facebook, hari ini.

HARAPAN sebelum ini dikatakan bakal mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 dalam konvensyen hujung minggu ini.

Namun pengumuman itu kini belum pasti, antaranya berikutan tiada kesepakatan antara parti komponen termasuk penggunaan istilah “perdana menteri sementara”.

Namun menurut laporan Malaysiakini hari ini, sumber yang tahu tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat majlis presiden HARAPAN semalam – yang mana soal itu dibincangkan – berkata kemungkinan besar pengumuman tersebut akan diteruskan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya 22 Disember lalu antara lain berkata, tindakan mengutamakan soal calon perdana menteri dan kabinet bayangan bercanggah dengan adab Islam.

Nik Mohamad Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas menyalahkan “pemuja-pemuja” Mahathir sebagai punca tokoh itu kembali dalam politik, di saat usianya yang sudah lanjut.

“Tak rasa berdosakah menyusahkan orang tua itu? Tak bolehkah kita biarkan beliau berehat meniti hari tuanya berteleku di tikar sejadah memohon keampunan dan rahmat Allah yang luas di talian ajal yang pasti?

“Pemuja Mahathir terlalu naif kudrat sampai terus bertongkat dengan ilusi lampau, mereka membosankan,” katanya lagi.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2COiXlK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.