Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Pendarahan Di Telinga, Lebam Di Kepala & Badan.’ Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Didera, Ibu Dan Nenek Ditahan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Pendarahan Di Telinga, Lebam Di Kepala & Badan.’ Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Didera, Ibu Dan Nenek Ditahan..



KULAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, malam tadi dipercayai didera.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, polis mendapat maklumat daripada kakitangan hospital berkenaan mengenai seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai didera lapor Berita Harian.


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata hasil siasatan awal, polis menahan ibu mangsa yang berusia 18 tahun dan nenek mangsa berusia 56 tahun untuk siasatan lanjut.

"Hari ini, polis menahan reman seorang wanita berusia 56 tahun dan anaknya, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun (ibu mangsa) bagi membantu siasatan kes ini.


"Dua beranak itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian anak kepada remaja berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, nenek mangsa tidak bekerja dan tinggal serumah dengan mangsa dan anaknya yang bekerja sebagai juruwang.

Katanya, pada mulanya mangsa dihantar ibunya ke hospital berkenaan pada jam 7.30 malam tadi dalam keadaan tidak bernafas.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua telinga mangsa, selain kesan lebam di bahagian kepala sebelah kiri, belakang badan dan takungan air di kerongkong.

"Susulan itu, ibu kanak-kanak terbabit yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di sini, ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di hospital berkenaan" katanya.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2m2XY4c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.