Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Hos Baru Melodi 2018, Gantikan Awal Dan AG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Hos Baru Melodi 2018, Gantikan Awal Dan AG

inilah hos baru melodi 2018 gantikan awal dan ag

Kredit foto: Instagram Melodi TV3

Akhirnya teka-teki siapakah pengacara baru rancangan hiburan Melodi yang bakal menggantikan Awal Ashaari dan AG terjawab apabila Janna Nick dan Ajak Shiro diumumkan memegang peranan tersebut.

Pendedahan itu dibuat oleh Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Zurina Othman petang semalam.

Zurina memberitahu, pihaknya yakin gandingan Janna dan Ajak sebagai hos baru Melodi dapat menarik lebih banyak tontonan untuk rancangan yang sudah ke udara selama 24 tahun itu.

inilah hos baru melodi 2018 gantikan awal dan ag 1

Kredit foto: Astro Gempak

“Kami yakin Janna Nick yang namanya makin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.

“Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti versatil ini,” katanya menurut portal Harian Metro.

Minggu lalu, Awal dan AG Kool FM atau Muhammad Azmir Selamat mengumumkan tidak lagi bersama Melodi untuk siaran 2018.

Lantas timbul persoalan di kalangan pengikut program berkenaan tentang siapakah yang bakal diberi peranan untuk menggantikan mereka.

Dalam pada itu, Zurina berkata, rancangan hiburan popular di saluran TV3 itu akan memperkenalkan tiga segmen baharu bertujuan memastikan program itu terus kekal hip dan segar. 

Malah, siaran Melodi musim ini dilanjutkan durasinya sehingga satu jam setengah dengan mewujudkan beberapa segmen baharu yang turut melibatkan perbincangan isu tular. 

“Kami berharap program infotainment popular ini akan menceriakan lagi hari Ahad penonton dengan membekalkan isu-isu sensasi meliputi artis dalam dan luar negara.

“Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan ialah Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Eea6G2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.