Skuad ragbi negara rancak jalani persiapan
Menurut jurulatih, Lee Nyuk Fah, dia kini dalam proses untuk mencari kelab tempatan yang sesuai bagi menguji kemampuan barisan pemainnya.
Sebelum ini, mereka sudahpun berdepan KL Tigers, dengan Nyuk Fah menumpukan kepada keserasian di antara muka baru dan senior.
Dua pasukan yang bakal menjadi tentangan skuad negara selepas ini adalah kelab tempatan selain pasukan kebangsaan Singapura."Kami akan bertemu pasukan kebangsaan Singapura di Johor Bahru dan dari situ, saya akan mengukur dan membentuk pemain-pemain baru ini untuk bersedia menghadapi aksi antarabangsa," kata Nyuk Fah yang sedang mempersiapkan anak buahnya menghadapi gergasi Asia, Korea Selatan dan Hong Kong, dalam Kejohanan Asia Premier nanti.
Skuad ragbi 15 sepasukan negara kembali menjalani latihan fasa dua hari ini selepas berehat hampir dua minggu.
Sudah pasti, tumpuan terarah kepada pemain lock, K. Dineshwaran, yang mengalami kecederaan patah tulang tangan kanan ketika beraksi dalam Liga Jepun, bulan lalu.
Begitupun, Nyuk Fah lebih fokus kepada pemahaman pemainnya terhadap corak permainan taktikal selain mengenal pasti apa kelemahan yang perlu diatasi.
"Kami akan menumpukan secara spesifik mengenai corak permainan kami sebaik dapat menurunkan barisan penuh, terutama pada bulan ini.
"Oleh itu, nanti dapatlah kami memberi tumpuan untuk menjalani persiapan dengan lebih lancar," katanya.
Sumber Skuad ragbi negara rancak jalani persiapan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CLLAzZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment