Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Doa Hampir Putus Apabila Papa Diserang Sakit Jantung ..." - Perkongsian Norzizi Dapat PhD Buat Netizen Sebak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Doa Hampir Putus Apabila Papa Diserang Sakit Jantung ..." - Perkongsian Norzizi Dapat PhD Buat Netizen Sebak..


Pelakon dan pensyarah Norzizi Zulkifli akhirnya bergraduasi dan memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia baru-baru ini.

Namun, perkara yang lebih menyentuh hati apabila Norzizi berkongsi perjalanannya menuntut ilmu dan ujian yang dilaluinya apabila bapanya, Zulkifli Zain diserang strok.


"Ooo hati remuk melihat ekspresi ini... Dua bulan sebelum hantar tesis, pada Jun 2016, saya sudah pulang ke tanah air, sudah kena lapor diri kembali bertugas dan Papa ketika itu baru tiga bulan kena strok.

"Siang saya bekerja, malam dalam pukul 11 atau 12 tengah malam saya akan mula menyiapkan tesis sampai ke pagi dan Papa di tingkat bawah akan memanggil anak-anak untuk melihat keperluannya.

"Dan sesekali kalau dia rasa saya tertidur di atas, dia akan memanggil-manggil saya untuk pastikan saya tak tertidur. 


"Kadang penat juga, saya menaip and kejap-kejap Papa panggil, saya turun dan saya naik lagi menyambung penulisan dan turun lagi. 

"Begitulah rutin antara 12 tengah malam ke 5 atau 6 pagi. Tapi begitulah... saya sentiasa punya doa dari beliau... Dia tak putus doa buat saya! 

Namun, Norzizi diuji apabila bapanya diserang sakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ketika dia masih di Australia.

"Doa itu hampir putus bila Januari 2016 papa diserang sakit jantung dan di ICU terus kritikal, saya ketika itu masih di Australia dan saya terbang pulang malam itu juga tatkala 2 bulan lagi saya nak hantar tesis.


"Tapi Allah makbulkan doa kami... aku tetap punya doa itu ke saat akhirnya perjalanan PhD ku... Alhamdulillah.... saya tahu, dia amat menantikan momen ini!" tulisnya.


Catatan Norzizi itu mengundang sebak netizen yang memuji kesungguhan dan iltizam Norzizi menghabiskan pengajiannya walaupun diuji dengan kesakitan bapanya.

Sumber: IG @norzizizulkifli, Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qzhREy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.