Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Masuk Hospital Kerana Masalah Jantung & Paru-Paru.” Doakan Bob Lokman.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Masuk Hospital Kerana Masalah Jantung & Paru-Paru.” Doakan Bob Lokman..


Bekas pelakon dan penulis lirik Bob Lokman, 54, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital UITM Sungai Buluh, pukul 11 malam tadi.

Lapor Facebook parti politik yang disertainya sejak tahun 2011 itu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung dan paru-paru.


“Bob Lokman, jam 11 semalam telah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital UITM Sungai Buluh. Jantung dan paru-paru Bob Lokman ada masalah,” tulis laman Facebook berkenaan hari ini.

Laman Facebook itu merayu orang ramai menghulurkan bantuan kepada isteri Bob Lokman, Relawati Daud bagi mengurangkan bebannya dalam menghadapi musibah tersebut.

“Tanggungannya ramai dan isterinya tidak bekerja. Diharap ada yang boleh beri sumbangan untuk meringankan beban yang dihadapi,” tambah laman Facebook itu.


Bob Lokman pernah dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas pada 6 Disember 2013 ketika sedang makan durian.

Dua bulan kemudian, beliau sekali lagi dikejarkan ke hospital di Sungai Buloh, Selangor selepas mengalami masalah yang sama.


Bob popular menerusi lagu Isabella yang ditulisnya untuk kumpulan Search sekitar tahun 1989.

Selain itu, Bob juga pernah menulis lirik untuk lagu popular seperti Taman Rashidah Utama (Wings), Warisan Wanita Terakhir (Teahcer's Pet) dan Kasih (Ella).

Sumber: Facebook


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quWxjz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.