Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azmin, Kenapa Liat Sangat Nak Terima IBR? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azmin, Kenapa Liat Sangat Nak Terima IBR?




Sehingga kini kerajaan negeri Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali masih belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Jika beliau selama ini berbangga kerana menjalankan pentadbiran yang telus, berintegriti dan bebas rasuah seharusnya Azmin tiada masalah untuk melakukannya.

Namun memalukan kerana sejak pelaksanaan IBR dimulakan pada Januari 2017, kerajaan negeri Selangor masih enggan melaksanakan ikrar berkenaan walaupun SPRM Selangor, dalam laporan media, sudah beberapa kali mencadangkannya kepadanya menerusi beberapa siri pertemuan dan perbincangan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, bekas Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah pernah meluahkan rasa kesal dengan sikap Mohamed Azmin dan kerajaan Selangor.

Ini kerana katanya, Mohamed Azmin tidak pernah berusaha apatah lagi menunjukkan minat untuk melaksanakan IBR itu sepanjang berkhidmat di negeri ini selama 13 bulan, 14 hari bermula 1 Disember 2016.

Banyak persoalan boleh dibangkitkan oleh rakyat Selangor ketika ini, kenapa Mohamed Azmin begitu liat sekali untuk menandatangani IBR? Adakah beliau takut jika pekung terdedah?

Sikap seperti ini memang memalukan penduduk Selangor dengan banyak persoalan tercetus. Sepatutnya ia ditandatangani sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan.

Kegagalan Mohamed Azmin menandatangi IBR ini amat mengecewakan kerana hanya negeri Selangor yang merupakan satu-satunya negeri yang tidak menandatangani ikrar tersebut.

Jika beliau memiliki integirti yang tinggi, beliau tidak sepatutnya takut untuk menandatangani ikrar tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EsBnJA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.