Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAN Akan Jadikan P.Pinang Negeri 'Islam Liberal' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAN Akan Jadikan P.Pinang Negeri 'Islam Liberal'




Parti Amanah Negara (PAN) akan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri ‘Islam Liberal’ jika berjaya memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua Bahagian Kajian Politikal Dan Sosial badan pemikir DAP, Penang Institute, Wong Chin Huat berkata, jika PAS kalah dan parti serpihan PAS itu berjaya memenangi PRU-14 nanti, Malaysia akan dapat merasai Islam ala Tunisia dan bukannya Saudi atau Iran.

“If this time PAS did not survive and Amanah survive better. That basically say PAS survival is a big question?

“This does not mean that Islam gonna fade out from Malaysian politic but it’s a different kind of Islam.

“It’s a different kind of political Islam. It’s not your Saudi or Iranian style but Tunisian style, its one that is going to be much more inclusive and so on,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu forum yang dianjurkan badan itu sendiri, pada 25hb Januari lepas.

Chin Huat berkata begitu semasa cuba meyakinkan hadirin yang datang bahawa sekiranya parti serpihan PAS itu berjaya memenangi PRU-14 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Islam yang akan berkembang di negara ini adalah Islam yang lebih inklusif ala Tunisia.

Untuk maklum, golongan liberalis suka mengagung-agungkan Rached Ghannouchi dan suka menjadikan Tunisia sebagai jawapan kepada negara Islam ideal kerana memilih sebuah Perlembagaan sekular.

Pada tahun 2012, parti pemerintah Tunisia pernah dilapor berkata, pihaknya tidak akan menerapkan undang-undang syariah dalam Perlembagaan baru negara ini, sebaliknya akan mengekalkan unsur sekular di negara Afrika itu, tindakan yang menimbulkan kemarahan golongan konservatif.

Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu, Rached Ghannouchi memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebenar yang patut diikuti mana-mana negara Islam lain termasuk juga Tunisia. –Utaranews.com



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EsAOPL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.