Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peluang Pekerjaan Naik 30 Peratus, Pembangkang Berbohong Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peluang Pekerjaan Naik 30 Peratus, Pembangkang Berbohong Lagi




JobStreet.com dalam Laporan Prospek Pekerjaan 2018 menyatakan bahawa pada tahun ini, peluang pekerjaan dijangka lebih kukuh berbanding tahun lepas dengan 30 peratus majikan menunjukkan peningkatan dalam pengambilan pekerja baru.

Ia merupakan kenaikan 12 peratus berbanding tahun lepas. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi negara semakin bertambah baik.

“Sentimen ini dipacu terutamanya oleh pertambahan syarikat pemula niaga, perluasan perniagaan tempatan dan kemasukan firma asing yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan keperluan terhadap pelbagai kemahiran.

“Oleh itu, kita boleh menjangkakan aktiviti mencari kerja dan pengambilan pekerja akan meningkat tahun ini,” kata Pengurus JobStreet.com Malaysia, Chook Yuh Yng.

Bukan sahaja dari aspek peluang pekerjaan, keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan meningkat lima peratus tahun ini, disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta yang kukuh.

Menurut Kumpulan perbankan yang berpangkalan di Singapura, OCBC Bank penggunaan swasta dijangka terus kukuh berikutan sokongan pendapatan kerajaan yang berterusan, pengurangan cukai pendapatan dan sentimen yang lebih baik.

Malah banyak pemba­ngunan infrastruktur negara se­perti transit aliran massa (MRT), Jambatan Pulau Pinang 2, Tun Razak Exchange 106, KL118 Tower (Warisan Merdeka), Pusat Transformasi Nasional (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kota Iskandar, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan.

Semua projek itu te­lah menambah peluang pekerjaan dan juga perniagaan.

Melihat kepada unjuran berkenaan dan pertambahan peluang pekerjaan di Malaysia, ia menolak sama sekali dakwaan pembangkang selama ini bahawa Malaysia akan bankrap.

Ternyata, tuduhan berkenaan adalah semata-mata untuk menakutkan rakyat dan dalam masa sama mereka cuba memancing undi.

Dan bagi menjayakan matlamat mereka untuk menjatuhkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangkang tidak berhenti-henti menabur fitnah hingga terdesak untuk bertemu duta-duta Kesatuan Eropah (EU).

Tujuan mereka adalah untuk mendesak campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.

Dalam keadaan ini, satu penghormatan wajar diberikan kepada Perdana Menteri. Di sebalik serangan yang bertali arus daripada pembangkang diketuai oleh pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Najib sebaliknya terus bekerja.

Beliau membawa banyak pelaburan asing berbanding pembangkang yang menemui negara asing, tapi untuk menggadai negara.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ClkdaM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.