Mungkin Gereja Tidak Mahu Tembelangnya Pecah – Dr Kamarul Zaman Yusoff
“Tidak sepatutnya pihak gereja melatah bila ada menteri menegur mereka seolah-olah mereka kebal dari sebarang teguran sedangkan masjid sendiri pun berlapang dada dengan sebarang teguran,” demikian menurut Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Beliau berkata sebegitu ketika ditanya berhubung isu tindakan pihak gereja yang melatah dan salah faham terhadap teguran yang dibuat Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Sri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pihak gereja termasuk semua rumah ibadat seperti masjid, tokong dan kuil juga agar jangan menyebarkan dakyah yang tidak benar.
Menurutnya, mungkin gereja melatah kerana tidak mahu tembelang mereka terbongkar sekali gus menyebabkan mereka bersatu hati menyerang pihak yang menegur.
“Mereka mahu menunjukkan kuasa dan pengaruh mereka dalam politik,” katanya. Dr Kamarul Yusoff berkata, jika dibuat kajian dan penelitian ke atas gereja memang jelas pembabitan mereka dalam politik kepartian termasuk membuat pembohongan.
Beliau menegaskan, “Bukti aktiviti begini memang wujud pun, malah bukti sebahagian mereka mahu menegakkan politik secara yang dikehendaki oleh ajaran mereka pun banyak.”
“Termasuk juga aktiviti Johor for Jesus, KL for Jesus atau Subang for Jesus dan sebagainya yang menunjukkan matlamat mereka lebih dari sekadar untuk keagamaan,” jelas beliau.
Beliau berkata, begitu juga halnya dengan bukti yang dibukukan oleh Ian Buchanan dalam dua bukunya, ‘Armies of God’ dan ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’, yang tidak berani dipatahkan oleh pihak Kristian dan Gereja sekaligus membenarkan apa yang terkandung dalam dua buku Ian Buchanan ini.
Menurut Dr Kamarul, mungkin persatuan gereja sengaja menutup mata dengan anasir radikal evangelis di kalangan mereka malah tidak mustahil mereka sebenarnya bersekongkol sama dengan aktiviti begini.
Ujar beliau lagi, penglibatan pihak Kristian dan gereja dalam politik ini malah telah diakui oleh mereka sendiri dalam media sosial malah dalam bentuk buku juga selepas Pilihan Raya Umum 2008.
“Dengan pertambahan bilangan pemimpin politik Kristian dalam parti politik maka sudah tentulah mereka mendapat sokongan dari gereja untuk mengejar kuasa,” katanya.
Justeru, menteri sepatutnya bertegas bila berdepan dengan gereja dan tidak sesekali tunduk dengan mereka, jelas beliau ketika dihubungi portal Menara.my di sini, semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GfA0do
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment