Gara-Gara Ceroboh Taman Negara, Kumpulan Singa Ratah Badan Pemburu Haram, Tinggal Kepala..
SEORANG lelaki, disyaki penceroboh dimakan sekumpulan singa berhampiran sebuah taman negara di Afrika Selatan.
Kepala dan beberapa sisa lain ditemui di taman permainan berhampiran Taman Negara Kruger, dekat bandar utara Hoedspruit, Sabtu pagi.
Polis, yang kini menyiasat identiti mangsa, menemui senapang memburu yang masih berpeluru di kawasan berhampiran.
"Mangsa dipercayai pemburu yang menceroboh taman permainan ketika dia diserang dan dibunuh oleh beberapa ekor singa," kata jurucakap polis, Moatshe Ngoepe.
"Kumpulan haiwan itu telah makan badannya, hampir semua dan hanya meninggalkan kepalanya dan beberapa sisa lain."
Haiwan-haiwan di taman permainan itu sering diburu secara haram dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Singa adalah sasaran yang popular, dengan bahagian badan haiwan ini digunakan dalam ubat tradisional Afrika Selatan.
Beberapa ekor singa dijumpai diracun berhampiran ladang di rantau yang sama tahun lalu, dengan kepala dan kaki dipotong.
WWF menganggarkan kini hanya terdapat hanya 20,000 singa Afrika di alam liar.
Ini bermakna mereka secara rasmi dikelaskan sebagai 'terdedah kepada bahaya'.
Haiwan lain yang sering disasarkan oleh pemburu di taman di Afrika Selatan adalah badak, bagi memenuhi permintaan semakin tinggi untuk tanduknya di China, Vietnam dan negara-negara Asia yang lain. -Sky News
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EHuvHq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment