Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Habislah Duit Aku, KWSP Sudah Terbakar" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Habislah Duit Aku, KWSP Sudah Terbakar"




Kebakaran yang berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya, telah mengejutkan ramai.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah melihat reaksi orang ramai terhadap kebakaran yang berlaku di bangunan berusia 58 tahun itu.

Banyak komen tidak masuk akal diterima daripada segelintir netizen. Sama ada disebabkan kebodohan atau sengaja mahu menyebarkan propaganda semata-mata untuk memburukkan KWSP, yang beberapa hari lepas telah mengumumkan pembayaran dividen tertinggi dalam masa 20 tahun.

Ada yang bimbang wang simpanan mereka dalam KWSP akan hangus terbakar tidak kurang pula yang menyangka dengan terbakarnya bangunan itu maka emua data caruman akan hilang.

Bukan itu sahaja, ada juga buat teori kononnya dividen akan dikurangkan.

Mereka ini cuba memanupulasi rakyat dengan sengaja mencetuskan persoalan kononnya akan berlaku pemalsuan rekod, dengan tujuan melengah-lengahkan pembayaran dividen.

Dan kononnya wang KWSP akan dicuri. Macam-macam teori bodoh dan tidak masuk akal dikemukakan dengan niat mengelirukan orang ramai namun mereka tidak tahu, propaganda yang disebarkan itu hanya memperbodohkan minda masyarakat.

Cukup-cukuplah memperlekehkan dan menghina minda masyarakat Malaysia dengan membuat teori yang tidak bijak itu.

Rekod-rekod semuanya ada dalam sistem data komputer, bukannya seperti zaman dulu kala, rekod disimpan di dalam almari.

Hakikatnya KWSP telah memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas dengan kebakaran bangunannya di Petaling Jaya itu malah pihak berkenaan akan sentiasa memantau situasi yang berlaku.

Jadi jangan sampai kita diperbodohkan oleh mereka yang sengaja mahu merosakkan minda kita hingga ke tahap kononnya ada sesuatu yang mahu disembunyikan hingga kebakaran itu berlaku.

Lebih malang dikaitkan pula dengan cerita-cerita lain yang tiada kaitan langsung.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HfmfNr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.