Hi! Welcome Back and Stay Tune! Projek Terowong: Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Projek Terowong: Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada SPRM

GEORGE TOWN – Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Lim Hock Seng hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes projek melibatkan tiga jalan utama dan projek terowong dasar laut di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri itu hadir di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini pada pukul 9 pagi ditemani peguamnya R.S.N Rayer.

Rayer ketika ditemui pemberita di perkarangan pejabat SPRM berkata setakat 6.30 petang, Lim masih memberi keterangan dan dijangka proses merekod keterangan itu akan mengambil masa dua hingga tiga jam.

“Semalam mereka (SPRM) serahkan satu notis (untuk hadir beri keterangan). Yang Berhormat Lim Hong Seng datang bersama saya pagi tadi. Saya difahamkan beliau hanya dipanggil sebagai seorang saksi sahaja untuk membantu dalam penyiasatan,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan SPRM akan memanggil Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy bagi membantu siasatan kes itu esok, Rayer berkata beliau tidak pasti sama ada exco kerajaan negeri itu telah menerima notis untuk dipanggil memberi keterangan atau tidak.

Pada 5 Jan lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut itu.

Ia merupakan laporan kedua beliau kepada SPRM berkaitan kes berkenaan. Huan membuat laporan pertama di SPRM untuk kes yang sama pada 21 Julai lepas.

Pada 17 Julai lepas, Huan membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta supaya disiasat dakwaan berhubung kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan ketika membida projek terowong dasar laut itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EsI22n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.