Hi! Welcome Back and Stay Tune! #UndiRosak Hanya Akan Beri Peluang Buat Musuh Islam Dapat Kuasa - Mufti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

#UndiRosak Hanya Akan Beri Peluang Buat Musuh Islam Dapat Kuasa - Mufti





Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan bahawa haram bagi pengundi menyokong kempen memboikot atau sengaja merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Kata beliau lagi seperti dipetik daripada Free Malaysia Today, “Kami cenderung menyatakan haram merosakkan undi. Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi.”


Menurut Sohibus Samahah, perbuatan memulau pilihan raya atau merosak undi bagaikan menyerah kalah sehingga menyerahkan kuasa politik negara kepada mereka yang bukan Islam merupakan perbuatan yang berdosa.


“Kalangan umat Islam yang memulau pilihan raya atau merosak undi adalah menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam yang menjadi salah satu dosa paling besar.” 


Menurut beliau lagi, perbuatan ini adalah selari dengan kehendak musuh Islam yang berada di dalam dan luar negara serta boleh memberi laluan mudah kepada golongan ini untuk berkuasa.


“Perkara inilah yang sangat dikehendaki oleh musuh Islam di dalam negara atau di luar negara. Maka, kalangan yang melaksanakan kempen memulau pilihan raya sama ada kerana bodoh dan jahilnya atau kesediaannya menjadi alat bagi memberi laluan mudah kepada musuh Islam dan musuh negara.” 


“Sehubungan dengan itu, kami menyeru semua warganegara Malaysia yang layak mengundi agar mendaftarkan diri dengan segera untuk mengundi sempena PRU14 dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon yang diyakini menjaga 5 Dharuriyyat al-Khams iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.” 


Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga sependapat dengan Mufti Wilayah Persekutuan berkata, agenda memulau pilihan raya atau merosakkan undi merupakan satu tindakan jumud selain menarik diri daripada tanggungjawab menentukan nasib serta hala tuju masyarakat.


Media sebelum ini melaporkan gerakan memboikot atau sengaja merosakkan undi pada PRU14 tersebar di laman media sosial dengan hashtag #UndiRosak, #SpoiltVote dan #ProtesPRU.


Kempen itu muncul sebagai tanda protes terhadap BN dan PH, selepas Dr Mahathir dinamakan sebagai calon Perdana Menteri gabungan 4 parti pembangkang itu pada 7 Januari lalu.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HdMpQu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.