Hi! Welcome Back and Stay Tune! Airbus Membangunkan Sistem Berasaskan Lembing Bagi Membersihkan Sampah Angkasa Lepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Airbus Membangunkan Sistem Berasaskan Lembing Bagi Membersihkan Sampah Angkasa Lepas

Kemana sahaja manusia pergi, pencemaran akan berlaku. Hampir enam dekad sudah berlalu sejak Sputnik menjadi objek buatan manusia yang pertama mengorbit bumi. Kini terdapat lebih daripada 20,000 objek bersaiz 10cm ke atas mencemari angkasa lepas. Kesemuanya mendatangkan bahaya pelanggaran dengan satelit dan stesen angkasa lepas antarabangsa.

Masalah space junk ini sudah lama disedari agensi-agensi angkasa lepas dunia. Airbus mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah ini dengan pembangunan sistem yang berasaskan lembing. Sistem mampatan udara digunakan untuk menembak lembing pada kelajuan 25 m/s. Lembing akan melekat pada sampah angka lepas dan membolehkan ia ditarik ke dalam kapal angkasa untuk dibawa semula ke bumi.

Airbus membangunkan sistem ini bagi membawa pulang satelit Envisat yang sudah tidak berfungsi sejak 2012. Envisat yang seberat 8 tan membawakan pelbagai risiko pelanggaran yang tinggi. Pada bulan April, Airbus akan melancarkan misi RemoveDebris bagi menguji sistem lembing pada skala kecil sebelum digunakan pada Envisat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GNpVWO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.