Hi! Welcome Back and Stay Tune! Leica Bekerjasama Dengan Master & Dynamic Bagi Menghasilkan Kelengkapan Audio Untuk Peminat Fotografi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Leica Bekerjasama Dengan Master & Dynamic Bagi Menghasilkan Kelengkapan Audio Untuk Peminat Fotografi

Leica ialah jenama yang amat sinonim dengan dunia fotografi. Jadi adalah sedikit aneh apabila mereka mengumumkan koleksi Master & Dynamic For 0.95 Silver Edition. Ia terdiri daripada fon kepala tanpa wayar MW60, fon kepala berwayar MH40 dan fon telinga ME05.

Ketiga-tiga aksesori audio ini mempunyai rekaan yang diinspirasikan oleh rekaan kamera Leica Noctilux-M 50mm f/0.95 ASPH. Dari segi spesifikasi MW60 dilengkapi pemandu audio sebesar 45mm dengan kemampuan bateri bertahan selama 15 jam. MH40 pula mempunyai spesifikasi yang sama dengan MW60 cuma tanpa sokongan Bluetooth. Akhir sekali ME05 dilengkapi pemandu audio sebesar 8mm. Dengan estetik menghampiri kamera Leica, ketiga-tiganya mensasarkan peminat fotografi yang juga memerlukan kelengkapan audio yang baik.

Harga jualan MW60 ialah $549 (~RM 2155), MH40 pula pada harga $399 (~RM 1566) dan akhir sekali ME05 pada harga $199 (~RM 781).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DIE4kL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.