Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes bunuh Jong Nam: Tertuduh tak tahu racun disapu ke tangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes bunuh Jong Nam: Tertuduh tak tahu racun disapu ke tangan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, warga Vietnam Doan Thi Huong yang dituduh membunuh Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara, tidak tahu cecair berminyak yang disapukannya pada muka dan mata lelaki itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari tahun lepas adalah racun.

Kedua-dua tangan Doan, 29, disapukan sejenis cecair berminyak oleh lelaki bernama Ri Ji Hyon atau dikenali sebagai Mr Y untuk membuat lakonan ”prank” (gurauan).

Mr Y ialah seorang daripada 4 lelaki masih bebas dalam kes bunuh Jong Nam, 45.

Ketika Mr Y meletakkan cecair itu di tangan Doan, tertuduh diarahkan untuk hanya fokus kepada lelaki badan gempal yang juga dikatakan ”pelakon” diupah syarikatnya.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan ketika membacakan percakapan beramaran tertuduh pada prosiding hari ke-34 perbicaraan kes Siti Aisyah, 26, warga Indonesia dan Doan yang didakwa bersama-sama 4 lelaki masih bebas membunuh Jong Nam di Balai Pelepasan klia2 pada 9.00 pagi, 13 Februari tahun lalu.

Doan dalam kenyataan itu berkata “Selepas menyapu cecair berkenaan di muka ‘pelakon’ lelaki itu, saya bergegas ke tandas di tingkat 2 untuk membasuh tangan kerana tangan saya melekit dan berbau. ‘Prank’ sebelum ini, saya hanya memakai losyen.”

Kenyataan beramaran itu juga menyatakan Doan tidak tahu cecair disapu pada tangannya adalah racun kerana tidak mengalami sebarang alergik, rasa bakar atau pening selepas “prank” itu dilakukan terhadap lelaki berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, wanita itu pergi ke balai pelepasan klia2, 2 hari selepas kejadian ”prank” tersebut untuk melakukan satu lagi video ”prank” seperti diarahkan Mr Y sebelum ditangkap pihak berkuasa.

Doan dalam kenyataan itu berkata “Saya pergi ke balai pelepasan klia2 pada pukul 8 pagi dan menelefon Mr Y banyak kali namun telefonnya dimatikan. Saya pergi ke sana untuk membuat video ‘prank’ kerana saya tidak dibayar upah untuk ‘prank’ pada 13 Februari 2017. Saya hanya tahu kematian ‘pelakon’ itu pada 16 Februari. Mr Y seorang pembohong, dia telah mempergunakan saya”.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Hisyam, Pegawai Penyiasat ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz bersetuju Doan tidak mengambil peluang menghilangkan diri mahupun melupuskan barangan peribadinya termasuk baju tertera perkataan ”LOL” dan skirt walaupun berpeluang berbuat demikian.

Bagaimanapun, pegawai polis itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang niat untuk membunuh mangsa.

Hisyam: Saya mengatakan Mr Y, Hanamori, Chang dan James sepatutnya duduk di kandang tertuduh?

Wan Azirul Nizam: Setuju

Hisyam: Saya mengatakan Doan digunakan sebagai ”kambing hitam”?

Wan Azirul Nizam: Tidak.

Terdahulu, 2 klip video ”prank” berkaitan ”jigsaw game” dan ”crocodile game” yang dilakukan Doan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Quang Bek di Hanoi ditayangkan pada prosiding perbicaraan hari ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HR4TWF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.