Telegram Diarahkan Untuk Memberi Kunci Penyulitan Kepada Kerajaan Rusia
Telegram adalah aplikasi permesejan serba boleh. Ia mempunyai banyak ciri yang berguna yang memudahkan pengguna. Telegram juga mempunyai sekuriti yang agak menarik seperti penyulitan perbualan antara pengguna dan memadam mesej secara automatik.
Semalam Telegram diarahkan untuk memberi kunci penyulitan pengguna mereka kepada kerajaan Rusia. Mereka pernah membuat rayuan kepada mahkamah tetapi tidak berjaya. Perkara ini berlaku kerana Presiden Rusia, Vladimir Putin inginkan mengakses data komunikasi digital rakyat negara ini untuk mengelakkan isu pengganas.
Telegram pernah disaman $14,000 (~RM54,957) pada 2016 kerana enggan memberi maklumat pengguna mereka kepada kerajaan Rusia. Telegram masih mempertahankan hak pengguna mereka dan tidak akan sama sekali memberikan sebarang data pengguna kepada kerajaan Rusia.
Jika Telegram enggan memberi data ini, perkhidmatan mereka mungkin akan disekat di Rusia dan memberi beban kepada 9.5 Juta pengguna aktif mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HTtnyy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment